CantikDietSihat

Cara Mendapatkan Perut Langsing Selepas Berhari Raya

cara mendapatkan perut langsing - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Selepas Hari Raya bukan sahaja berat badan  yang naik, tapi perut pun naik sekali! Jom dapatkan cara mendapatkan perut langsing ..

Tentu ramai yang mengeluh ataupun mengalami masalah ini. Tetapi biasalah kan… gagal menahan nafsu apabila melihatan pelbagai juadah raya yang cukup enak. Apa pun bagi mendapatkan perut langsing, anda perlu bersenam dan menjaga pemakanan. Jika nak cepat mendapatkan perut langsing, anda mungkin boleh mencuba cara alternatif. Tetapi, kosnya mungkin mahal dan setiap rawatan memiliki risiko.

Bagi anda yang mahu mendapatkan perut langsing terutama selepas mewah dan puas menikmati hidangan Aidilfitri, jangan susah hati. Cara mendapatkan perut langsing ala WOM.my sediakan ini tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang modal. Hanya komitmen dan disiplin sahaja yang ada perlu terapkan di dalam diri.

Bersenam tidak bermakna anda harus pergi ke gym. Memadai jika anda rajin melakukan:

Sit up – Ia merupakan gerakan mengakat tubuh bahagian atas dari posisi telentang ke atas dengan menggunakan otot perut. Sebagai variasi, anda boleh menggabungkan dengan ‘crunche’, iaitu mengangkat sebahagian tubuh sebanyak 30% daripada posisi awal, memadai ke arah kiri dan kanan secara bergantian.

Push up – Ia merupakan cara berkesan untuk membakar lemak tubuh. Jika belum mampu push up dengan menggunakan hujung kaki, anda boleh mencuba push up dengan lutut sebagai tumpuan. Seiring bertambahnya kekuatan tangan, anda boleh mencuba melakukan push up dengan hujung kaki sebagai tumpuan untuk hasil workout yang lebih baik dan cepat.

Squat – Merupakan gerakan duduk ala-la di atas kerusi (sekadar imaginasi). Ketika melakukan squat, anda akan menggerakan tubuh naik-turun dengan kaki sebagai tumpuan. Untuk permulaan, anda boleh melakukan squat sebanyak 50kali. Bagi yang tidak biasa melakukan gerakan ini, anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian kaki terutama pada hari-hari awal anda work out.

Jika Anda Tidak Mahu!

Selain itu, anda juga boleh cuba mendapatkan perut langsing dengan bermain Hula Hoop. Permainan terkenal yang berasal daripada Hawaii ini sangat bermanfaat untuk tubuh manusia dan mampu mengecilkan perut. Semakin kerap anda bermain hula hoop, maka  perut akan semakin langsing.

Bersenam menggunakan hula hoop akan membuatkan otot perut, pinggang dan punggung jadi semakin mantap. Jadi, anda tidak perlu lagi melakukan senaman berat seperti push up dan sebagainya.Melalui senaman hula hoop anda juga boleh membentuk perut yang seksi dan langsing.

Jaga Pola Pemakanan

Setelah puas menikmati juadah Hari Raya, mungkin sudah tiba masanya untuk anda kembali menjaga pola pemakanan anda bagi mendapatkan semula perut yang langsing. Pastikan mendapatkan jumlah protein yang mencukupi, makan buah-buahan, sayur-sayuran , gandum, daging dan kacang.

Anda juga digalakan memakan sayuran seperti lobak merah, mentimun, tomato dan brokoli serta buah-buahan seperti epal, pisang, strawberi dan blueberry kerana ia memerlukan waktu yang lebih lama untuk dihadamkan tubuh. Keadaan ini akan membuatkan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

Kredit foto kepada drlenlopez

<< Jom dapatkan teknik kuruskan badan menggunakan protein disini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Rendang Daging

Next post

Resepi Daging Kambing Masak Pedas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *