ResepiSajiSelera

Resepi Lasagna

resepi lasagna - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Selain Spaghetti, Lasagna juga turut memenuhi selera masyarakat di Malaysia. Jom dapatkan resepi lasagna sekarang juga di sini…

Lasagna mempunyai bentuk seperti helaian yang boleh diisi dengan pelbagai sayuran ataupun daging. Cara membuatnya sedikit rumit dan memerlukan kesabaran.

Resepi Lasagna ini boleh anda cuba pada hujung minggu ataupun pada masa anda benar-benar tidak sibuk.  Perjalanan waktu yang tenang akan membuatkan anda berasa lebih seronok untuk mencuba menu pilihan Chef WOM.my  kali ini. Boleh juga anda jadikan menu makanan untuk rumah terbuka.

Berikut Resepi Lasagna yang boleh anda cuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Untuk Isi Lasagna

6 keping Lasagna (direbus)

2 cawan daging lembu kisar

2 biji tomato (yang sudah dibuang biji dan kulitnya – dihiris)

Sebiji bawang besar (dicincang)

Dua biji bawang putih (dicincang)

1 sudu teh serbuk cili

6 sudu cili sos tomato

Minyak zaitun secukupnya – untuk menumis

250ml susu segar

Garam, oregano dan basil secukupnya.

Cara Membuat/Menumisnya:

1.Apabila kuali sudah panas, masukkan minyak zaitun atau minyak masak.

2.Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar yang sudah dicincang.

3.Tumis sehingga naik bau harum, kemudian masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga berubah warna dan setengah masak.

4.Kemudian masukkan cili sos tomato bersama hirisan tomato. Gaul merata.

5.Setelah itu masukan sedikit demi sedikit susu segar, serbuk cili, oregano dan basil.

6. Biarkan sehingga masak.

7. Ketepikan buat seketika.

Bahan Untuk Sos Keju Lasagna

150gram keju parut

250 ml susu segar

3 sudu besar tepung gandum

3 sudu besar margarine

Serbuk garam dan serbuk cili secukupnya.

Cara Membuatnya:

1.Masukkan margarine ke dalam kuali. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau dan biarkan ia membentuk seperti butiran.

2.Setelah itu, tambah susu segar sedikit demi sedikit sehingga butiran tepung tadi bercampur dengan susu.

3.Kemudian, masukkan keju parut, serbuk cili dan garam.

4.Kacau dan biarkan ia mendidih sehingga terbentuk sos keju yang agak kental.

5.Ketepikan.

Penyediaan Terakhir Untuk Membuat Mengikut daripada Resepi Lasagna ini.

1.Setelah isi Lasagna dan Sos Keju tersebut sudah siap, apa yang perlu anda lakukan adalah memanaskan ketuhar.

2.Letak kepingan Lasagna yang sudah direbus dalam sebuah bekas pembakar yang sudah disapu dengan sedikit margarine.

3.Kemudian letak isi Lasagna di atasnya. Letakkan Lasagna lagi, isinya dan ulangi sehinga ke kepingan terakir (yang ke 6).

4.Kemudian, siramkan sos keju di atas Lasagna tersebut.

5.Kemudian letakkan bekas pembakar tersebut ke dalam ketuhar selama 50 minit pada suhu 170 darjah Celcius.

6. Apabila sudah masak, angkat dan Lasagna siap dihidangkan dan dinikmati bersama orang-orang yang anda sayangi.

Kredit foto kepada takeshita

<< Jom cuba pula Resepi Pai Ayam di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

“Susahnya Saya Nak Kurus!”

Next post

Resepi Kek Pisang Coklat Keju

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *