DekoFamiliStail

Cara Hias Bilik Tidur Sempit

hias bilik tidur - women online magazine

Kredit Foto: onekindesign , designhomes , trendecoration , besthomedesigns , zunetop , bedroomwise

Hias Bilik Tidur. Anda harus bijak menata ruang bilik tidur yang terhad agar tidak menimbulkan kesan sempit.Bagi anda yang memiliki bilik tidur yang tidak luas, jangan kecewa. Sekalipun sempit, jika kena cara hias bilik tidur anda pasti akan kelihatan cantik, selesa dan tak nampak sempit.

Bagaimanakah caranya? WOM.my sedia membantu, dan ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan.

Keselesaan bilik tidur adalah perkara pertama yang harus anda ambil kira. Ini adalah kerana selain menjadi tempat untuk anda bermalas-malasan, bilik tidur juga adalah tempat anda beristirahat atau tidur.

Cara hias bilik tidur yang betul juga akan memberikan anda seribu satu ketenangan. Apatah lagi, pada saat anda sedang stress dan keselesaan bilik tidur sangat membantu anda untuk merehatkan fikiran.

 

Antara Cara Hias Bilik Tidur Sempit:

 

1. Perhatikan Pemilihan Warna & ‘Wallpaper’

hias bilik tidur - women online magazine 2

 

Tempat tidur yang sempit dapat diatasi dengan pemilihan warna yang tepat agar interior terkesan luas.

Jika anda mahu menggunakan ‘wallpaper’, tiada masalah. Tetapi pastikan anda tidak memasangnya di seluruh dinding bilik tidur kerana ia akan membuatkan suasananya menjadi lebih sempit. Pasanglah pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Selain itu, anda disarankan memilih ‘wallpaper’ motif garis vertical, kerana motif ini akan membuatkan bilik tidur anda lebih luas.

Tentang pemilihan warna dinding bilik pula, anda boleh gandingkan warna yang cerah seperti  biru laut, kuning atau krim. Kombinasi warna cerah akan membuatkan suasana bilik tidur kelihatan lebih ceria.

 

Baca Juga: Wallpaper Ruang Tamu

 

2. Pemilihan Perabot

hias bilik tidur - women online magazine 3

 

Memandangkan bilik tidur anda tidak luas, jangan letak terlalu banyak sangat kelengkapan perabot sehingga anda sukar untuk bergerak. Sebaiknya anda menggunakan kelengkapan perabot yang memiliki banyak fungsi. Perabot yang multi-fungsi membantu menjimatkan ruang.

 

3. Penggunaan Lampu Dinding

Lampu dinding memberikan kesan mewah yang cukup menarik jika dipasang di ruangan bilik yang sempit. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan wang, tetapi sesuai digunakan untuk bilik tidur yang sempit.

Jadi, pilihlah lampu dinding yang sesuai dan serasi dengan suasana atau konsep hias bilik tidur anda itu.

 

Baca Juga: Lampu Ruang Tamu

 

4. Pasang Cermin Ataupun Bingkai Kaca

hias bilik tidur - women online magazine 4

 

Penggunaan cermin atau benda-benda yang bersifat reflektif  memainkan peranan penting untuk menambah kesan luas pada bilik tidur yang mempunyai keluasan yang terhad.Benda yang memiliki sifat reflektif seperti kaca dan cermin berupaya memantulkan cahaya yang diterima, sehingga bilik tidur anda kelihatan terang dan lapang.

 

Nota Kaki: Anda boleh SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang suka mendekorasikan kediaman mereka.

<< 5 Perkara Yang Boleh “Potong Stim” Anda & Suami Di Bilik Tidur

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kenali Tanda-Tanda Anak Hiperaktif Dan Kurang Daya Tumpuan

Next post

10 Perangai Perempuan Yang Paling Lelaki Meluat!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *