FesyenGaya HidupModeStail

Kena Bijak Pilih Tudung Syria Yang Sesuai Dan Cantik

TUDUNG SYRIA - women online magazine

Tudung Syria. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa tudung ini dinamakan sebagai tudung Syria.WOM.my tahu jawapannya.

Sebenarnya, tudung ini merupakan hasil inspirasi daripada pemakaian hijab dari Negara Syria. Suatu masa dahulu fesyen hijab jenis ini amat popular di sana dan menjadi hijab harian yang dipakai oleh wanita Syria.

Disebabkan rakyat Malaysia gemar mencuba segala macam fesyen tudung, penerimaan fesyen tudung Syria ini adalah sangat menggalakkan.Tudung Syria dipakai dengan cara yang berbeza daripada tudung lain. Pemakaiannya adalah dengan menampakkan anak tudung di bahagian depan dan kemudian dilitupi dengan pemakaian hijab di belakang kepala.

Pereka tudung Syria menampilkan berbagai pilihan warna tudung dan anak tudung untuk digayakan. Ia tampak lebih trendy apabila digayakan bersama warna-warna terang.Penggunaan fabrik yang pelbagai juga telah menjadikan tudung Syria sebagai pilihan tudung masa kini.

Walaupun pemakaian tudung Syria ini sudah lama, namun ia tidak lapuk di telan zaman kerana sentiasa mendapat sentuhan baru daripada pereka-pereka tudung.

 

Jenis-Jenis Anak Tudung Syria:

1. Anak Tudung Syria Plain

Anak tudung jenis ini menggunakan pelbagai jenis warna terang dan juga lembut. Sama seperti anak tudung biasa tetapi potongannya terbuka di bahagian belakang. Kebiasaannya, anak tudung ini menggunakan fabrik jenis lycra ataupun cotton.

 

Baca Juga: Pilih Warna Tudung

 

2. Anak Tudung Syria Dwi Warna

Anak tudung Syria Dwi Warna adalah sama dengan anak tudung Syria Plain. Apa yang membezakan, kedua-dua anak tudung ini ialah anak tudung Syria Dwi Warna mempunyai gabungan dua jenis warna. Disebabkan bahagian belakangnya terbuka, pereka anak tudung ini sengaja meletakkan warna lain dibahagian depan dan belakang. Jadi, si pemakai bolehlah bertukar-tukar warna anak tudung dan gayakan ia bersama hijab yang sesuai.

 

Baca Juga: Shawl Murah

 

3. Anak Tudung Syria Berlapis

Sama seperti anak tudung Syria yang lain, cuma pada kali ini ia menggabungkan lebih daripada dua warna. Pilihan warna yang mengikut ‘tone’ menjadikan ia sangat cantik dipakai. Penggunaan warna terang hingga ke warna lembut disusun berlapis di bahagian depan anak tudung. Anak tudung jenis ini menggunakan fabrik jenis lycra kerana ia mudah untuk dijahit secara berlapis.

 

4. Anak Tudung Syria Bersilang

Di bahagian muncung depan anak tudung ini sengaja dijahit secara silang untuk menampakkan ilusi wajah yang tirus. Ia tampil dengan silang warna yang berbeza ataupun silang warna yang sama.

 

5. Anak tudung Syria Lace

Anak tudung ini menggunakan fabrik lace di bahagian depan. Dengan penggunaan ‘lace’ ini, ia dapat menonjolkan sifat-sifat keayuan bagi si pemakai. Ia tampil dengan berbagai pilihan dan gabungan warna.

 

Jenis-Jenis Tudung Syria:

 

1. Tudung Syria Ekspress Plain

Tudung Syria jenis ini mendapat sambutan yang begitu hangat dan sangat luar biasa. Hal ini adalah kerana mudah untuk dipakai dan sangat ringkas. Malahan boleh dipakai oleh pelbagai jenis golongan usia dan tidak perlu digosok. Potongan tudung Syria ekspress ini berbentuk seperti tudung mini yang mempunyai potongan lengkung muka yang luas. Cuma gayakan bersama anak tudung Syria yang sesuai. Kebiasaannya, tudung Syria jenis ini menggunakan fabrik lycra kerana mudah untuk dipakai dan muat untuk kesemua bentuk muka.

 

2. Tudung Syria Bercorak

Kemudian tudung Syria ini tampil pula dengan pilihan corak seperti abstrak dan flora. Tudung Syria bercorak akan memberikan penampilan berbeza kepada si pemakai apabila menggayakan tudung ini bersama anak tudung Syria yang tidak bercorak.

 

Baca Juga: Inner Sesuai Bentuk Wajah

 

3. Tudung Syria Beropol

Tudung Syria beropol kebiasaannya menggunkan fabrik jenis chiffon ataupun lycra. Dijahit beropol di bahagian bawah tudung Syria menggunakan warna yang sama dan ada juga yang mengunakan warna yang berlainan. Ropol di bahagian bawah ini kelihatan sangat comel dan eksklusif jika si pemakai bijak menggayakannya. Ropol di bahagian bawah ini juga tampil dalam pelbagai pilihan seperti ropol kecil, sederhana dan juga ropol bertingkat.

 

4. Tudung Syria Potongan Selendang

Kali ini ia digayakan menggunakan selendang bersama anak tudung Syria. Bentuknya kelihatan sama seperti tudung Syria yang lain, cuma yang membezakannya ialah tudung Syria diganti dengan pemakaian selendang. Si pemakai boleh melilit selendang mengikut gaya yang mereka suka bersama pemakaian anak tudung Syria. Gaya ini lebih sesuai bagi golongan usia yang muda kerana ia tampak lebih ‘funky’ dan ‘trendy’.

 

Baca Juga: Pin Tudung Menarik

 

Info Ekstra!

Dalam soal bergaya, tidak semua gaya dapat anda gayakan. Ini adalah kerana, faktor bentuk wajah amat memainkan peranan yang penting samada ia akan menjadikan seseorang itu tampak cantik ataupun tidak cantik.Pilihlah anak tudung dan tudung Syria yang sesuai dengan bentuk wajah anda serta elakkan dari pada memakai warna-warna yang tidak sesuai dengan warna kulit anda.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui tips memilih tudung chiffon di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jom Menangi Kanta Lekap 1.DAY ACUVUE® DEFINE™” Bernilai Lebih RM1000 Sekarang!!

Next post

Cetaphil Penyelamat Kulit Bayi Sensitif

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *