BuzzzStail

Jom, Tengok Senarai Cerita Kartun Menarik Sepanjang Disember Ini

cerita kartun - WOMEN ONLINE MAGAZINE

Disney Junior sememangnya dipenuhi magis pada bulan Disember ini!

Untunglah adik-adik yang memang suka menonton rancangan kartun. Ada banyak cerita menarik yang dibawakan oleh Disney Junior sempena cuti sekolah. Sungguhpun begitu, jangan lalai ya. Siapkan segala kerja terlebih dahulu, kemudian barulah menonton TV.

Semak, senarai cerita kartun yang menarik yang boleh ditonton.

 

Jom Tengok TV!

Doc McStuffins: Nilai Murni Saling Membantu

cerita kartun - WOMEN ONLINE MAGAZINE (3)

3, 10, 17, 24 Disember, Rabu, 9 pagi (siaran ulangan pada 8 malam dan Ahad, 9 pagi), Saluran ASTRO 613

Setiap orang berkebolehan membantu orang lain, dan kita harus mula mengalakkan anak-anak kita sejak mereka kecil lagi!Si manja anda akan mempelajari mengenai membantu orang lain bersama Doc McStuffins dan mengetahui bahawa perkara yang paling kecil pun boleh mendatangkan perbezaan yang besar.

 

Jom Tengok TV!

Lanun dan Puteri: Kuasa Melakukan Kebaikan

cerita kartun - WOMEN ONLINE MAGAZINE (2)

Setiap Jumaat sepanjang Disember, 10 pagi (siaran ulangan pada 7.30 malam dan Sabtu pada 8 pagi), Saluran ASTRO 613

Kini tiba masa untuk berlakun sebagai lanun dan memakai tiara diraja! Si manja dapat menikmati EPISOD BAHARU Sofia the First and Jake and the Never Land Pirates pada dua minggu pertama bulan Disember. Tontoni Disney Junior bersama si manja dan nikmati magisnya bersama.

 

Jom Tengok TV!

Hi-5 **MUSIM PERDANA BAHARU**

8, 15, 22 dan 29 Disember, Isnin, 10.30 pagi (siaran ulangan pada 6 petang dan Khamis, 2 tengahari), Saluran ASTRO 613

Si manja pasti berteriak keriangan kerana mereka akan bergembira bersama rancangan kanak-kanak kegemaran mereka! Jom menari bersama si manja dalam rancangan hiburan kanak-kanak bertenaga-tinggi yang kini kembali dalam musim ke-15!

 

Jom Tengok TV!

Krismas di Disney Junior

22 – 25 Disember, Isnin ke Khamis, 12 – 2 tengahari, Saluran ASTRO 613

Kini tiba untuk bergembira di Disney Junior! Sambutlah musim percutian bersama si manja anda dan ketawa bersama menonton siri kegemaran Disney Junior si manja anda.

cerita kartun - WOMEN ONLINE MAGAZINE (1)

Jangan terlepas SIARAN PERDANA siaran ringkas Frozen Sing-a-long pada 12 tengahari!Disamping itu, tontoni juga SIARAN PERDANA Pororo the Racing Adventure (1 tengahari), di mana seekor penguin yang hairan Pororo dan kawan-kawannya secara tidak sengaja menyebabkan sebuah pesawat melakukan pendaratan kecemasan di kampung mereka Pororo Village.Selepas itu, tontoni pula Mickey Mouse Clubhouse: The Wizard of Dizz (2.30 tengahari), Special Agent Oso: The Living Holida Lights (3.30 tengahari), Jungle Junction: Zooter’s Surprise Delivery (4.30 petang) and Handy Manny and the 7 Tools (5.30 petang).

 

Jom Tengok TV!

Wish Upon a Disney Junior

31 Disember, Rabu, 8.30 pagi ke 1 tengahari

Mari menghitung hari ke tahun baharu bersama si manja dengan siri Disney Junior kegemaran si manja anda! Juga jangan terlepas SIARAN PERDANA siaran ringkas Olaf Shorts, yang menampilkan orang salji kegemaran ramai yang gemarkan musim bunga!

<< Ketahui lebih lanjut cerita tentang pelakon Chris Hemsworth yang telah dinobatkan oleh majalah People sebagai lelaki paling seksi di dunia di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Semak!10 Petua Mudah Bersalin

Next post

Tips Bercuti Ke Pulau Perhentian Dengan Lebih Jimat & Murah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *