CantikKulit

Kenapa Jerawat ‘Naik’ Ke Muka?

women online magazine-jerawat

Ketahui Maksud Jerawat sekarang..kerana ianya penting untuk anda..

Apakah Maksud Disebalik Jerawat

– Jerawat merupakan masalah kulit yang berlaku banyak kepada remaja. Masalah ini terjadi adalah kerana apabila minyak atau pun sel-sel kulit mati menyumbat liang kulit anda, maka terbentuklah jerawat. Maka sangat penting untuk anda kerap membersihkan muka supaya kekal segar sentiasa.

– Jika anda mengalami wajah berminyak , sangat bahaya jika anda biarkan. Pastikan anda mencari pencuci muka yang sesuai untuk anda supaya mengurangkan kulit wajah berminyak sentiasa di muka anda.

Jerawat di dahi

Jika muka anda dipenuhi oleh jerawat di dahi, ini menunjukkan anda sedang dalam keadaan tertekan. Asyik nak marah sahaja. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah tidur awal dan bangun awal. Jadikan rutin harian dan juga minumlah air kosong dalam kadar yang banyak.

Jerawat di hidung

Jika anda mempunyai jerawat di bahagian ini ia bermaksud perut atau sistem pencernaan anda menghadapi masalah. Elakkan memakan makanan sejuk kerana ia bakal menyebabkan pengeluaran asid gastrik yang boleh mendatangkan keburukan kepada perut anda. Jika teruk anda perlu berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Jerawat pada pipi kanan

Ini berkemungkinan berkait rapat dengan paru-paru anda. Sila jaga paru-paru anda, contohnya jangan atau kurangkan memakan mangga, taro atau seafood. Seafood dikatakan akan dengan senang menyebabkan anda mendapat alahan.

Jerawat pada pipi kiri

Ini pula berkaitan dengan hati anda atau mungkin darah anda mempunyai kadar toksin yang tinggi. Orang hati bermasalah ini dikatakan perlu memperbaiki mood. Jadi jagalah mood anda kepada yang baik-baik sahaja.

Jerawat di sekitar bibir

Ini menunjukkan kesukaran anda berkumur ketika hendak membersihkan gigi. Untuk memperbaiki keadaan kulit ini, makanlah buah dan makanan yang berserat tinggi, kawal rutin makanan anda dan sentiasa membasuh mulut dengan bersih.

Jerawat di dagu

Ini menunjukkan period anda sudah makin hampir. Dalam beberapa hari lagi, pasti anda akan mengalami haid. Apa yang anda perlu buat, gunalah produk penjagaan kulit yang anti jerawat.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Kempiskan Perut Buncit

Next post

Rahsia Kecantikan Semulajadi Lisa Surihani

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *