CantikDietSihat

Rahsia Kecantikan Semulajadi Lisa Surihani

lisa surihani from flickr Amisha Khan(Gambar ini hanya sebagai hiasan sahaja)

Siapa tidak kenal artis cantik molek ini , Lisa Surihani Mohamed yang kini sudah pun bergelar isteri.

Senyumannya tidak pernah lekang di wajahnya, sebab itulah, dia sentiasa disenangi sesiapa sahaja, ke mana sahaja dia pergi.

Mesti anda tidak sabarkan untuk mengetahui rahsianya?? sila teruskan pembacaan anda ..

Antara rahsia yang Wom dapat dari laman rujukan ialah :

1. Rahsia Maintain Berat Badan

– Lisa Surihani Mohamed tidak makan nasi dari beras biasa, sebaliknya  hanya makan nasi menggunakan beras yang tidak berkanji. Beliau tidaklah mengamalkan diet yang ketat. Selepas beberapa bulan amalannya, beratnya telah berkurangan. Artis ini sangat menjaga penampilannya supaya nampak kekal ceria dan bertenaga sepanjang hari.

2.  Senaman 

– Sebagai seorang artis beliau sememangnya sangat sibuk dan tidak punyai masa untuk bersenam. Maka apa yang senaman yang biasa di lakukan ialah dengan ketika turun atau naik tangga dan berjalan untuk ke sesuatu acara yang saya pergi. Kadang-kadang kalau dapat lakonkan aktiviti mencabar baru keluar peluh.

3. Memakai Produk Kecantikan

– Pemakaian produk kecantikan yang sesuai amatlah penting untuk anda kerana ia membantu anda supaya nampak lebih cantik. Tips pemakaian produk kecantikan, pastikan produk itu mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, produk berkualiti dan sesuai untuk digunakan. Pastikan produk kosmetik yang anda gunakan itu selamat untuk digunakan.

Jika ada kesan sampingan sila hentikan penggunaannya kerana ia akan memudaratkan anda.

3 Tips Kecantikan & Kesihatan untuk anda :

1) Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi mengelakkan dari badan anda kekurangan air.

2) Makan makanan yang seimbang mengikut kalori makanan atau jangan makan makanan yang berkolestrol tinggi terlalu banyak kerana ianya akan menimbulkan masalah di masa hadapan.

3) Lakukan senaman ringkas walaupun sekejap, lakukan senaman di tempat-tempat riadah kerana di sana merupakan tempat yang mengurangkan stress anda lepas bekerja. Ini merupakan satu terapi kesihatan jika anda berjogging di tempat riadah dan santai.

Itu sahaja tips yang dapat WOM berikan kepada anda iaitu Rahsia Lisa Surihani MohamedAnda juga boleh jadi seperti mereka yang penting anda perlu mempunyai ilmu berkaitan tips kecantikan dan juga mesti mengetahui perkara dengan lebih terperinci berkaitan produk yang anda beli itu.

Sumber rujukan dari sinar harian malaysia

Kredit foto: amisha khan

<<<Berminat untuk mengenal kalori makanan, klik sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kenapa Jerawat 'Naik' Ke Muka?

Next post

4 Senaman Ringkas Untuk Langsing

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *