CantikKulit

Ketahui Cara Berkesan Untuk Menghilangkan Bulu Kaki

Cara-menghilangkan-bulu-kaki-woman-online-magazine

Kredit : shizen

Ramai wanita yang percaya, jika tidak memiliki bulu kaki penampilan mereka akan kelihatan lebih menarik dan nampak seksi. Secara tak langsung, keyakinan diri mereka juga menjadi semakin bertambah jika tidak memiliki bulu kaki.

Mencukur bulu kaki secara manual bukanlah pilihan yang bijak sebab bulu kaki akan kembali tumbuh, malahan lebih lebat dan menjadi kasar.Sebahagian wanita malu untuk memakai skirt semata-mata kerana memiliki bulu kaki yang lebat.

Bulu kaki lebat boleh disebabkan oleh beberapa perkara:

  • Luka bekas terjatuh – Jika anda perhatikan baik-baik, ada bulu lebat pada bahagian yang pernah luka bekas terjatuh.
  • Cukur Atau Mencabut Bulu Kaki– Kebanyakan remaja berpendapat bahawa mencukur bulu kaki merupakan cara mudah dan cepat untuk menghilangkan bulu kaki. Tanpa disangka, ketika bulu-bulu tersebut kembali tumbuh, ianya menjadi lebih lebat kesan daripada cukuran atau cabutan bulu-bulu tersebut.
  • Faktor Keturunan – Cuba tengok kaki ibu dan ayah anda, adakah di antara mereka yang memiliki bulu kaki lebat? Jika ya, tak salahlah jika anda mewarisi bulu kaki mereka yang cukup lebat itu.

Berikut adalah cara menghilangkan bulu kaki yang boleh anda cuba:

  • Waxing

Waxing merupakan cara menghilangkan bulu kaki yang paling popular. Waxing dilakukan dengan cara melekatkan kain ke kulit yang sudah disapu cecair khas untuk waxing. Untuk menghilangkan bulu, kain yang sudah melekat pada cecair tersebut kemudiannya di tarik. Hasilnya, bulu-bulu tersebut akan melekat pada kain dan kulit menjadi bersih bebas bulu. Waxing biasanya dilakukan di salun-salun kecantikan. Cara menghilangkan bulu kaki dengan waxing dikatakan mampu membuatkan pertumbuhan bulu baru menjadi lebih lalu kerana bulu boleh tercabut hingga ke akar.Teknik waxing yang terkenal adalah Brazilian Wax, di mana prosesnya menggunakan lilin cair likat dan sepotong kain.

  • Electrolysis

Cara menghilangkan bulu kaki secara electrolysis jarang diketahui oleh masyarakat. Cara menghilangkan bulu kaki jenis ini dilakukan dengan cara memasukkan jarum ke dalam pori-pori bulu kaki. Kemudian arus elektrik dialirkan ke jarum tersebut. Kemudian bulu-bulu tersebut dihilangkan dengan menggunakan pencabut bulu.Jika dibayangkan mungkin cara ini dirasakan cukup menyakitkan dan kosnya juga tidak murah. Teknik electrolysis hanya boleh dilakukan oleh pakarnya dan melalui kaedah ini juga bulu kaki akan hilang secara kekal.

  • Laser Hair Removal

Laser hair removal merupakan salah satu cara menghilangkan bulu kaki dan mencegahnya tumbuh kembali. Namun, untuk melakukannya anda memerlukan ‘duit poket’ yang lebih sikit. Ini adalah kerana proses menghilangkan bulu kaki menggunakan teknik sinaran laser. Sinar laser tersebut akan membakar akarnya sehingga bahagian yang terkena laser tidak akan ditumbuhi bulu kembali.

Cara menghilangkan bulu kaki menggunakan kaedah ini ada pelbagai efeknya.Kulit yang terkena laser menjadi kemerahan dan melepuh. Ketika proses menggunakan laser kulit akan terasa sakit dan kepanasan. Selain itu,perubahan pigmen di balik kulit juga akan berlaku. Dalam waktu yang relatif lama pigmen pada kulit yang pernah dilaser menjadi berlebihan dan kelihatan seperti bertompok-tompok pada kulit.

Info Ekstra

Cara Menghilangkan Bulu Kaki Secara Semulajadi

  • Anda hanya perlukan gula, lemon atau limau nipis dan madu.Campurkan dua sudu besar gula, 2 biji lemon atau limau nipis, dua sudu besar madu dan sedikit air.Panaskan campuran bahan tadi sehingga mendidih dan membentuk karamel. Setelah membentuk karamel, angkat dan biarkan seketika agarnya hilang panas.Kemudian sapukan karamel tersebut ke bahagian kaki yang ingin dihapuskan bulunya. Tempelkan kain di atasnya dengan sedikit penekanan. Setelah itu tarik kain perlahan-lahar dari arah yang berlawanan. Karamel yang menempel pada bulu kaki akan memudahkan penarikan bulu sehingga tidak terasa sakit. Selain dapat menghilangkan bulu kaki, campuran bahan ini juga dapat mengangkat sel kulit mati sehingga kulit kaki anda menjadi lebih halus.
  • Pukul dua biji putih telur hingga mengembang, tambahkan dua sudu besar gula dan 2 sudu besar tepung gandum. Sapukan ke seluruh bahagian kaki, biarkan 5-10 minit, kemudian gosok-gosokan secara perlahan-lahan supaya bulu-bulu kaki tersebut rosak.
  • Cara menghilangkan bulu kaki dengan menggunakan kunyit dan kapur sirih sudah lama dipraktikan pada zaman dahulu. Untuk menggunakannya, siapkan kunyit hidup yang sudah ditumbuk/blender halus dan sedikit kapur sirih. Jangan terlalu banyak mencampurkan air kapur siri kerana ia boleh meninggalkan kesan panas di kulit. Sapukan campuran terserbut ke bahagian kaki yang berbulu.

<< Ketahui 6 langkah mudah untuk mengatasi muka berjerawat di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Rasanya Memang Pahit, Namun Khasiat Peria Memang Terbaik!

Next post

Atasi Sakit-Sakit Sendi Dengan 7 Jenis Makanan Ini

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *