Gaya HidupOh! LelakiRomantika

7 Tanda Si Dia Lelaki Playboy!

Lelaki Buaya Darat- Women Online Magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Lelaki Playboy. Pernahkah anda mengenal ciri-ciri Lelaki Playboy ? Jika tidak pernah jom ketahuinya di sini..

Bukan semua wanita beruntung boleh memiliki kekasih hati yang baik, penyayang, setia dan baik hati. Semuanya bergantung pada nasib, tetapi jika anda bijak, anda pasti tidak akan tewas dengan mana-mana lelaki yang bergelar lelaki playboy!

Jadi, untuk itu anda peru lebih berhati-hati supaya tidak terjerat dalam perangkapnya, kerana lelaki playboy ini mempunyai karisma tersendiri yang mampu menawan hati wanita.  Lelaki playboy cukup arif menguasai bagaimana mahu membuatkan seseorang wanita  itu menyukai atau jatuh cinta kepadanya.

 

Jom, kenali beberapa tanda yang jelas menggambarkan si dia  itu sebenarnya lelaki playboy.

Biasanya lelaki playboy:

1.  Berperwatakan Menarik

Kebanyakan lelaki playboy berperwatakan menarik. Tetapi tidak bermakna si dia mesti ‘handsome’. Lelaki playboy biasanya cekap dalam menjaga penampilan diri, terutama dandanan rambutnya.

 

2.  Peramah Dengan Mana-Mana Wanita

Mudah bergaul dan cukup peramah pada setiap wanita yang ditemui. Apatah lagi, wanita cantik dan punya karier yang bagus. Hurmm… target mereka tu!

 

3.  Jadi Lebih ‘Caring’ Di Saat Dia Kesepian

Ketika si dia kesepian atau sedang ligat mengatur strategi, biasanya pasti ada mesej atau deringan telefon buat anda. Lelaki  jenis ini memang seronok diajak berbual dan pelbagai cerita menarik yang bakal direka untuk menambat hati anda.

 

4. Pakar Membuat Alasan

Selain itu, di saat anda sudah mula tertarik kepadanya, si dia jarang mahu mengangkat atau menjawab panggilan anda dengan alasan terlalu sibuk dan sebagainya. Si dia sebaliknya lebih rela menghubungi anda.

 

5.  Suka Menggunakan Ayat ‘Manis’

Pada awal perkenalan, si dia memang baik sangat,  nampak ‘cool’ dan sebagainya. Si dia biasanya selalu suka bermain dengan ayat-ayat ‘manis’ sahaja. Tidak pernah membahaskan perkara yang realistik, apatah lagi  yang berkaitan dengan masa depan dan komitmen.

Apabila anda sudah mula menunjukkan keseriusan hubungan tersebut, si dia mula cabut lari sehingga anda yang terpaksa terhegeh-hegeh mengejar cintanya!

 

6.  Ramai Teman Wanita

Lelaki playboy memang pakar dalam bab memikat. Jadi, tidak hairan kebanyakan lelaki playboy ini terdiri dalam kategori mereka yang mudah bergaul dan ‘charming’. Namun, mereka tidak akan mempamerkan secara terang-terang sikap penggoda itu, walaupun sebenarnya seorang pemikat.

Justeru itu, teman wanitanya sangatlah ramai dan ada di mana-mana sahaja. Lelaki playboy akan bertukar-tukar pasangan tanpa ada perasaan bersalah!

 

Baca Juga: Cari Pasangan Hidup

 

7.  Topik perbualan berbaur ‘sensual’

Opss! Inilah perkara yang paling utama yang perlu anda ‘alert’. Topik perbualan si lelaki playboy ini biasanya lebih menjurus kepada masalah seks,lucah  dan sebagainya.

 

Kesimpulannya, sebagai wanita anda perlu lebih berhati-hati, jangan membuka sedikitpun ruang untuk lelaki playboy.Cuba elakkan perhubungan yang boleh menjerat diri anda sendiri kerana lelaki playboy ini boleh berada di mana-mana sahaja!

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Jom ketahui ciri-ciri lelaki idaman wanita di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jus Tomato Hapuskan Kolesterol Jahat

Next post

Resepi Roti John Sedap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. May 30, 2014 at 4:45 am — Reply

    bukan semua lelaki play boy… malahan ramai juga yang peramah, menarik dan menjadi tumpuan tetapi masih ikhlas dalam menjalinkan perhubungan dan pergaulan. Pastikan lelaki tersebut kerap mengunjungi masjid surau berhampiran. Mereka ini hantnya dekat dengan Tuhan yang sentiasa mencari jalan mendekati Tuhan. Dalam institusi masjid atau surau, lelaki ini juga aktif sebagai ahli jawatan kuasa dan mereka bergaul dengan ikhlas dengan kaum wanita kerana mengimarahkan institusi masjid atau surau demi kemaslahatan ummah.

Leave a Reply to SALLEH BIN HASHIM Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *