Ada Apa?Buletin

Vaseline Malaysia Mulakan Kempen ‘Dry Skin Restored’

 

Vaseline Malaysia - women online magazine

Vaseline Malaysia telah memulakan kampen ‘Dry Skin Restored’ setelah menyedari ramai wanita kurang kesedaran menjaga kelembapan kulit. Ketahui di…

Menurut tinjauan yang dibuat oleh Vaseline Malaysia, sebanyak 56% wanita Malaysia masih tdiak menggunakan losen pelembab kulit secara tetap. Walaupun 90% daripada mereka mempercayai bahawa menjaga kelembapan kulit adalah penting.  Bahkan penggunaannya masih tidak dipandang serius oleh 61% wanita dengan alasan kesuntukan masa.

Kulit kering berpunca daripada faktor seperti pendedahan kepada penghawa dingin untuk jangka masa yang lama dan pendedahan kepada cuaca Malaysia yang panas lembap. Selain faktor persekitaran, aktiviti harian seperti  mandi air panas juga boleh menghilangkan kelembapan daripada kulit. Ini menunjukkan betapa penting bagi kita memelihara kelembapan kulit sepanjang hari demi kesihatan kulit dalam jangka masa panjang

Disebabkan masih ramai wanita Malaysia yang masih kurang arif tentang persekitaran dan aktiviti harian yang mampu mendatangkan kesan-kesan negatif pada kulit mereka dalam masa hanya 24 jam, Vaseline Malaysia telah memulakan kempen ‘Dry Skin Restored’ dengan matlamat meningkatkan kesedaran di kalangan wanita di Malaysia mengenai manfaat menjaga kelembapan kulit. 

“Vaseline,  memahami kulit dan kami telah mengkajinya selama lebih 130 tahun. Jadi, sebab itulah kami menganjurkan kempen ‘Dry Skin Restored’ bagi meningkatkan kesedaran wanita di Malaysia tentang kepentingan menjaga kelembapan kulit sepanjang hari,” ujar  Deenie Ong, Pembantu Pengurus bagi jenama Vaseline, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

“Kami turut  menekankan bahawa ia bukan sekadar pilihan gaya hidup tetapi satu  keperluan dan wajar dijadikan amalan harian bagi memastikan kulit sentiasa lembap dan terlindung daripada kesan akibat pendedahan persekitaran harian, seperti cuaca panas, berjam-jam seharian berada di dalam bilik berhawa dingin dan sebagainya.  Semua itu boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering,” sambungnya lagi.

Rangkaian Vaseline Total Moisture mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera, oat dan lemak koko serta teknologi inovatif Stratys-3™, bagi membekalkan kelembapan berpanjangan kepada kulit. Stratys-3™ merupakan kompleks berlapis yang menyemai dan mengekalkan lembapan serta memberi khasiat pada keseluruhan kulit, merentasi bahagian atas, teras dan bawah lapisan kulit-  tanpa meninggalkan kesan melekit.

“Vaseline Malaysia  berharap menerusi kempen ‘Dry Skin Restored’ ini, kami boleh membantu meningkatkan kesedaran di kalangan wanita Malaysia supaya mereka melembapkan kulit secara berterusan. Kata orang, tabiat yang baik memerlukan 21 hari untuk dibentuk. Kami berharap agar rakyat Malaysia terus menjadikan penggunaan pelembap sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka agar masalah kulit kering dapat dibasmi,” jelas Deenie panjang lebar..

 << Anda meminati filem James Bond? Sensasi Wangian Lelaki James Bond 007 ini wajar anda miliki.Semak di sini…

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Awas, Salah Pilih Saiz Bra Undang Masalah Kesihatan!

Next post

Jom, Menangi Minyak Wangi Lelaki James Bond 007

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *