CantikSolekan

4 Cara Semulajadi Miliki Bulu Mata Lentik Dan Panjang

Bulu Mata Lentik - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: yesnu

Bulu Mata Lentik. Mempunyai bulu mata lentik dan panjang pasti menjadi impan sebahagian wanita. Namun, tidak semua wanita dilahirkan dengan bentuk fizikal yang sejiwa dengan kehendaknya.

Sungguhpun begitu, kini banyak trik solekan yang boleh anda aplikasikan untuk mendapatkan bulu mata lentik dan panjang.Selain, penggunaan bulu mata palsu atau maskara boleh memberikan efek volume, sebenarnya ada beberapa cara rutin yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan bulu mata panjang dan lentik di rumah. Nak tahu bagaimana, semak!

  1. Sikat Bulu Mata

Ada sikat khas yang boleh anda gunakan untuk merapikan bulu mata. Jika anda menyikatnya secara rutin, ia boleh merangsang pertumbuhan bulu mata lebih panjang dan sihat. Lakukan trik ini secara rutin sebelum anda menggunakan maskara.

 

  1. Bersihkan Segala Kekotoran Mekap Mata Secara Rutin

Solekan atau mekap mata boleh menutup pori-pori tipis dan kecil yang ada di kawasan sekitarnya. Maskara merupakan salah satu jenis produk yang boleh menyumbat liang pori-pori di kawasan bulu mata. Keadaan yang tersumbat ini boleh menyebabkan pertumbuhan bulu mata jadi terganggu dan lambat, yang mana pada akhirnya membawa kepada kerosakan. Bersihkan sisa solekan secara teratur, dan lakukan perlahan-lahan ketika di kawasan sekitar mata. Jika anda melakukannya dengan kasar, bulu mata mudah rosak dan boleh membuatkan pertumbuhannya menjadi tidak sihat.

 

  1. Rawat Bulu Mata Secara Semulajadi

Beberapa jenis bahan semulajadi sangat baik untuk menstimulasi pertumbuhan bulu mata yang lebih sihat. Anda boleh menggunakan minyak zaitun, castor oil, green tea, atau kulit lemon yang mampu merangsang bulu mata untuk tumbuh lebih panjang dan sihat. Lakukan perawatan semulajadi ini secara teratur untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

 

Baca Juga: Kebaikan Krim Mata

 

  1. Trim Bulu Mata

Lakukan trim sedikit bahagian hujung bulu mata yang anda miliki setiap 2-3 bulan sekali. Kebiasaan ini akan merangsang folikelnya dan membuat pertumbuhan bulu mata menjadi lebih panjang dan sihat. Namun, hati-hati ketika melakukannya kerana jika terlalu banyak bahagian yang dipotong boleh menimbulkan kecacatan pada penampilan anda.Bulu mata yang panjang dan sihat mampu meningkatkan kecantikan semulajadi anda.

 

Tips Ekstra

Sirih dan Lidah Buaya

Caranya, ambil satu helai daun sirih yang masih muda. Ramas tetapi jangan sampai hancur, kemudian patahkan lidah buaya dan sapukan gel-nya pada daun sirih. Biarkan selama lima minit, kemudian sapukan gel yang telah bercampur dengan getah sirih tadi pada bulu mata.Biarkan lebih kurang dua jam. Cuci bulu mata dengan daun sirih baru yang telah dicelup ke dalam air panas suam. Sapukan daun sirih basah tadi seperti memakai maskara.

 

Minyak Zaitun

Minyak zaitun memiliki banyak manfaat. Salah satunya, untuk melentikkan bulu mata. Caranya sangat mudah, titiskan minyak zaitun pada hujung jari telunjuk, kemudian ratakan.Setelah itu, sapukan pada hujung dan pangkal bulu mata sebelum tidur. Basuh dengan air sejuk segera setelah bangun tidur. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang mengagumkan.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui petua miliki mata cantik dan tidak berkedut di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Adakah Anda Kekurangan Vitamin D? Baca Di Sini!

Next post

6 Tanda Kolesterol Tinggi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *