Petua PemakananSihat

9 Khasiat Rumput Jarum Emas

 Rumput Jarum Emas - Women Online Magazine

Foto: 3.bp

Rumput jarum emas adalah sejenis rumput yang selalunya tumbuh diantara rumput biasa, dipadang-padang rumput dan di tepi-tepi lebuh raya.

Jenisnya boleh dibezakan oleh warna bunganya iaitu berwarna kuning, merah dan ungu. Jenis berbunga kuning ialah jenis yang paling mudah ditemui di Malaysia.Rumput jarum emas adalah sejenis rumpai yang tumbuh bersama rumpai yang lain. Berasal dari keluarga Scrophulariaceae yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi kepada kesihatan manusia. Secara amnya, rumput jarum emas ini tumbuh di seluruh dunia.

Selalunya kita menganggap kehadiran rumput jarum emas ini adalah musuh kepada tanaman kita. Ini kerana mereka mengganggu unsur makanan, cahaya matahari, air dan merupakan perumah kepada serangga perosak serta bakteria kepada tanaman kita.

Khasiat Rumput Jarum Emas

  1. Digunakan untuk mengembalikan kecergasan wanita selepas bersalin.
  2. Bagi wanita yang mempunyai masalah haid tidak teratur, rumput jarum emas mampu melancarkannya.
  3. Mampu mengembalikan kesihatan rahim dan sistem peranakan.
  4. Mengemas dan menyempitkan kembali lubang faraj, khususnya bagi wanita yang sudah bersalin.
  5. Mengatasi wanita yang mempunyai penyakit keputihan.
  6. Membantu mereka yang sering mengalami sakit pinggang dan tulang belakang.
  7. Menghilangkan sakit urat dan sengal-sengal badan.
  8. Mengembalikan tenaga selepas penat bekerja seharian.
  9. Dipercayai membantu pasangan suami isteri menguatkan tenaga batin.

Cara Penggunaan Rumput Jarum Emas

Ambil 4 hingga 5 rumput jarum emas sama ada yang segar ataupun yang sudah kering. Rebuskan selama 15 hingga 20 minit bersama 1 ½ liter air. Selepas itu, minum ketika sejuk ataupun masih suam.

* Amalkan air rebusan rumput jarum emas ini 2 gelas sehari.

<< Ketahui khasiat petai di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cuba Tips Mekap Muka Bulat Yang Mampu Atasi Masalah Wajah Yang Nampak Tembam

Next post

6 Cara Mengatasi Muka Berminyak & Mekap Yang DiPakai Tahan Lebih Lama

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *