ProblemSihat

Apa Dah Jadi Bila Haid Datang Tiga @ Empat Kali Setahun?

haid tidak teratur - women online magazine

“Haid bulan nie datang, bulan depan tak pasti. Selalunya macam tu lah, kejap datang, kadang-kadang tak”.

Pastinya timbul kerisauan di hati kerana anda menyangka seolah-olah anda tidak sempurna seperti wanita lain. Kedatangan haid tiga atau empat kali setahun adalah sesuatu yang membimbangkan kaum wanita, kerana kitaran haid yang tidak teratur sering kali dikaitkan dengan masalah kesuburan.

Maksud Kitaran Haid

Kitaran haid adalah proses perubahan bulanan yang akan dilalui oleh badan setiap wanita dalam persediaan untuk kehamilan. Setiap bulan, salah satu ovari melepaskan telur dan proses ini dipanggil ovulasi. Pada masa yang sama, perubahan hormon menyediakan rahim untuk kehamilan. Jika ovulasi berlaku dan telur tidak disenyawakan, lapisan rahim akan luruh melalui faraj. Proses inilah yang dipanggil kitaran haid.

Kitaran Haid Normal

Kitaran haid dikira dari hari pertama haid dengan hari pertama haid akan datang.Kitaran haid biasanya berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari dan akan berlangsung selama 2 hingga 7 hari. Tetapi anda perlu diingatkan bahawa ianya tidak sama untuk setiap wanita.

Untuk beberapa tahun pertama selepas haid bermula, kitaran haid yang panjang adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, kitaran haid cenderung menjadi lebih pendek selari dengan peningkatan umur. Malah kitaran haid juga dianggap normal sekiranya tempohnya masih sama setiap bulan atau berbeza hari tetapi pada setiap bulan,haid itu masih datang.

Kitaran Haid Yang Tidak Teratur

Kitaran haid tidak teratur bermaksud ia berlaku di antara tempoh berbeza setiap bulan iaitu kadangkala ia datang setiap 28 hari, kadang-kadang setiap 20 hari, dan kadangkala setiap 30 hari.

Punca Haid Tidak Teratur

Kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh perkara seperti berikut:

  1. Sindrom Polycystic ovary syndrome (PCOS )

Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan lalu menyebabkan haid tidak teratur, Sindrom Policistik Ovari (Polycystic ovary syndrome – PCOS) berlaku apabila sesetengah hormon dalam kadar yang tinggi merangsang ovari anda supaya menghasilkan banyak folikel. Kesemua folikel ini tidak cukup matang untuk mengeluarkan telur. Oleh kerana anda belum berovulasi, maka menyebabkan anda tidak datang haid. Tanda-tanda lain PCOS adalah pertumbuhan rambut yang berlebihan di bahagian muka, dada dan bawah abdomen, jerawat, dan kecenderungan peningkatan berat di bahagian pinggang.

  1. Kegagalan Ovari Pra-Matang

Kegagalan ovari pramatang merujuk kepada kehilangan fungsi ovari yang normal sebelum waktunya iaitu haid terhenti sebelum mencapai usia 40 tahun. Wanita yang mempunyai kegagalan ovari pra-matang mungkin mempunyai haid yang tidak teratur atau jarang dalam setahun.

  1. Gangguan Tiroid (Hyperthyroidism atau Hypothyroidism)

Haid yang tidak teratur mungkin juga disebabkan oleh gangguan tiroid. Kelenjar tiroid akan menghasilkan hormon yang mempengaruhi metabolisme badan anda.

  1. Tekanan

Ini merupakan punca yang paling umum. Apabila anda mengalami tekanan yang mungkin berpunca daripada pekerjaan,rakan-rakan atau keluarga,kitaran haid anda akan menjadi tidak teratur.Ketika anda mengalami tekanan,kelenjar adrenaline mengeluarkan hormon kortisol yang memberi kesan kepada beberapa hormone yang terlibat dengan kitaran haid seperti homron estrogen dan progesteron.

  1. Penghasilan Terlalu Banyak Hormon Prolactin

Wanita yang menyusukan anak juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu iaitu Prolactin akan meningkat dalam aliran darah si ibu. Hormon ini menghalang penetasan telur berlaku dan menghentikan kitaran haid.  Peningkatan paras hormon Prolactin juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan dalam kelenjar pituitary yang menyebabkan haid tidak datang atau datang sekali-sekala sahaja.

Rawatan Untuk Kitaran Haid Tidak Teratur

  • Rawatan untuk jangka pendek adalah menggunakan pil hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan haid. Manakala pil hormon berkombinasi iaitu yang mengandungi hormon estrogen dan progesterone diambil oleh wanita yang haidnya tidak menentu dan mengalami pendarahan banyak. Pil ini bertindak seperti hormon, iaitu merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium.

 

  • Rawatan selanjutnya pula akan diberikan mengikut punca masalah dan keperluan setiap individu. Contohnya bagi wanita yang mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak pemakanan dan senaman untuk mereka. Manakala bagi wanita yang mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan kesuburan bagi merangsang pengeluaran telur serta ubat sampingan.

 

Cara mengatasi haid tidak teratur atau lambat dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran

  • Bijan& Gula Sawit

Pengambilan bijan putih atau hitam yang dihancurkan lalu dicampurkan dengan gula sawit akan melancarkan aliran haid dalam masa yang cepat.

  • Betik

Buah betik sememangnya dapat melancarkan haid yang tidak teratur dengan hanya memakannya setiap hari dan sebelum tidur.

  • Jintan & Gula Sawit

Caranya adalah dengan mendidihkan jintan bersama gula sawit dan minum airnya.

  • Omega 3

Amalkan diet yang kaya dengan antioksidan dan Omega 3

  • Salmon

Salmon mengandungi gizi dan dapat membantu meningkatkan kolagen dalam badan apabila diambil secara teratur. Ia juga memberikan kestabilan hormon sekaligus menyebabkan kita tidak mudah mengalami tekanan dan paling penting,haid datang tepat pada waktunya.

  • Susu Soya

Selain untuk mencantikkan kulit dan menjaga kesihatan, soya ini baik ketika diminum semasa haid datang. Nutrisi dalam segelas susu soya mampu menjaga kesihatan badan dan sistem reproduksi.

  • Asam Jawa

Menurut petua orang dahulu,asam jawa dapat menghancurkan darah haid yang berketul-ketul. Caranya adalah dengan minum air asam jawa tersebut.

  • Cuka Epal

Cuka epal mampu membantu melancarkan haid. Anda boleh minum atau jadikan cuka epal ini sebagai sos untuk salad. Ia juga dapat mengurangkan insulin dan seimbangkan kadar gula dalam darah.

Kredit foto: wikihow

<<Masalah kebas boleh menjadi antara tanda-tanda penyakit kronik. Ketahuinya di sini

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kebaikan & Kelebihan Mandi Susu

Next post

Gula Batu Mengandungi Zat Pelembut Yang Mampu Menanggalkan Sel-Sel Kulit Mati

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *