Petua PemakananSihat

Ingin Cantik, Sihat & Bebas Jerawat? Makanlah Bayam

Sayur bayam - women online magazine

Khasiat sayur-sayuran memang diakui dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Namun,alasan pahit, dan tidak enak menjadikan ramai yang membenci sumber penting ini untuk diamalkan dalam diet seharian.

Khasiat bayam diterjemahkan dalam kartun Popeye sebagai ikon makanan yang menjadikan bayam sebagai makanan yang kuat yang dapat membantu ketika melawan musuhnya. Bayam adalah antara sayur-sayuran yang kaya dengan zat mineral seperti kalsium,zat besi,kalium serta beta karotena.

Terdapat dua jenis bayam iaitu bayam hijau dan bayam merah. Pembiakannya  adalah melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim.

Anda ingin tahu khasiat sayur bayam ini? Jom semak di bawah ini.

Manfaat Sayur Bayam Untuk Kesihatan

  1. Anti-Kanser

Sayur bayam sekurang-kurangnya mempunyai 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Kajian mendapati bahawa ekstrak sayur bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan juga mengurangkan kanser payudara, ovari dan prostat.

  1. Menguatkan Tulang

Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200 peratus nilai vitamin K.Vitamin ini amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Selain Vitamin K, sayur bayam juga mengandungi kandungan pembina tulang seperti kalsium dan magnesium yang berkhasiat kepada mereka yang memakannya.

  1. Menjaga Kesihatan Jantung

Vitamin A dan C bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu kolesterol daripada melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

  1. Mengelakkan Tekanan Mental

Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan hanya memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari ia mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia.

  1. Menguatkan Penglihatan

Zat yang terkandung dalam sayur bayam seperti lutein dan zeaxanthin juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan bertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran ultra ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

  1. Penambah Darah

Bayam yang telah dimasak juga merupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid kerana pada ketika itu,wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

  1. Menjaga Bayi Dalam Kandungan

Khasiat bayam juga dikatakan dapat membantu perkembangan saraf dan menghindarkan daripada berlakunya bibir sumbing pada bayi di dalam kandungan. Malah Vitamin A yang ada pada sayur bayam amat diperlukan bagi pembentukan sel paru-paru bayi dalam kandungan.

 

Manfaat Sayur Bayam Untuk Kecantikan

  1. Menyembuhkan Jerawat

Sayur bayam terbukti efektif membersihkan jerawat dan menjaga kesehatan kulit kerana ia mengandungi Vitamin A dan Vitamin C di dalamnya yang berfungsi sebagai antioksidan yang melawan pertumbuhan bakteria penyebab jerawat.

  1. Sebagai Pelindungan Dari Sinar UV

Kandungan Vitamin B dalam sayur bayam akan melindungi kulit dari sinar ultra violet. Sekaligus mengelak daripada kulit rosak akibat sinar matahari dan juga kanser kulit.

  1. 4. Memperbaiki Struktur Kulit

Bayam merupakan sumber vitamin A dan vitamin C yang cukup tinggi. Vitamin A berfungsi untuk mencerahkan warna kulit dan manakala Vitamin C berperanan penting dalam memperbaiki sel-sel kulit. Amalkan makan sayur bayam setiap hari untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri-seri.

Info Ekstra!

Bahaya Masak Sayur Bayam Terlampau Lama

Tahukah anda,bayam yang dimasak terlampau lama atau dihangatkan kembali akan mengeluarkan racunnya. Kandungan nitrat yang terdapat di dalam bayam mampu menjadi racun yang boleh membawa kepada kanser.

Seeloknya, bayam yang digunakan untuk memasak adalah daripada bayam yang segar dan bukannya bayam yang sudah lama disimpan di dalam peti sejuk.

Kredit foto: fertilitychef

<<Keenakan kentang goreng mengandungi bahaya yang tersembunyi! Ketahuinya di sini

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Punca Payudara Bengkak Menjelang Menstruasi & Cara Meredakan Kesakitan

Next post

Kebaikan & Kelebihan Mandi Susu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *