Ada Apa?Buletin

Biar Betul… Hello Kitty Bukan Kucing,Tapi Manusia!

Sanrio Hello Kitty - women online magazine

Selama ini bila dengar nama “Hello Kitty”, dah terbayang seekor kucing comel berwarna putih, dengan reben di kepalanya.

Memang cukup mengejutkan apabila Sanrio, syarikat yang mencipta karakter tersebut mendedahkan bahawa Hello Kittty sama sekali bukan seekor kucing! Sekian lama Hello Kitty telah menjadi budaya pop Jepun yang sangat disukai kanak-kanak kerana karakternya yang sangat comel.

Selama 40 tahun wajah karakter kartun, Hello Kitty ini menghiasi pelbagai perhiasan unik, dompet, bekas pensel, bekas kedap udara dan sebagainya. Malah ia juga turut dijadikan inspirasi taman bermain yang cukup mendapat tempat di hati kanak-kanak yang sememangnya fanatik dengan Hello Kitty!

Menurut Sanrio, Hello Kitty mewakili seorang gadis cilik, manusia, yang tinggal di luar kota London. Tinggal bersama kedua orang tua, George dan Mary serta abang bernama Anthony. Mempunyai saudara kembar bernama Mimmy White yang memakai reben kuning. Selain itu, dia juga mempunyai kucing peliharaannya sendiri yang dinamakan sebagai Charmmy Kitty.

Pastinya kenyataan pihak Sanrio berkenaan Hello Kitty itu mengejutkan ramai pihak. Bahkan, sehingga kini ramai yang seakan tidak mahu mempercayai kesahihan cerita ini.

Fakta Hello Kitty

Nama sebenar: Kitty White

Zodiak: Scorpio

Tarikh lahir: 1 Novmber

Jenis darah: A

Hobi: Memasak,origami dan bersiar-siar

Makanan Kegemaran: Pai epal

Kredit foto: bampop

<< Debaran terus terasa menjelang Memori Chow Kit Road,sempena sambutan Kemerdekaan ke 57. Info selanjutnya, klik di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Memori Chow Kit Road Kembalikan Nostalgia Lalu!

Next post

Resepi Daging Salai Versi Pedas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *