Ada Apa?Buletin

Minum Air & Raikan Kehidupan Bebas Tekanan Dengan Spritzer

Spritzer Malaysia - women online magazine

Tekanan adalah sesuatu yang sentiasa ada dalam kehidupan kebanyakan golongan dewasa yang bekerja. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar, tekanan sudah bermula lebih awal – dalam kalangan pelajar dari semua peringkat umur.

Tekanan yang kian bertambah itu akhirnya boleh membawa kepada kemerosotan kesihatan seseorang secara keseluruhannya.Demi membantu rakyat Malaysia menangani masalah tekanan, Trak Minum Air, Ketawa, Mari Raikan Ceria-Ceria Spritzer (Drink Up, Laugh Out, Let’s Celebrate Ceria-Ceria Truck) akan menjelajah pusat-pusat membeli-belah dan bangunan pejabat di seluruh negara mulai 1 hingga 30 November 2014 bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia tentang cara yang mudah serta menyeronokkan untuk melegakan kehidupan yang penuh tekanan.

Dikenali sebagai pembunuh senyap dalam dunia pekerjaan yang pantas berkembang, tekanan merupakan ancaman pekerja yang sentiasa wujud. Menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh penyedia tempat kerja global, Regus dianggarkan sebanyak 70% pekerja di Malaysia mengalami penyakit yang berkaitan dengan tekanan. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa 48% rakyat Malaysia merasakan tahap tekanan mereka kian meningkat, dan dilaporkan kurang tidur kerana terlalu memikirkan soal kerja.

Selain daripada itu, terdapat faktor-faktor dalaman lain yang menyumbang kepada tekanan seperti masalah penyahhidratan. Apabila seseorang tidak minum air secukupnya, ia akan meningkatkan kadar hormon cortisol yang merupakan hormon utama tekanan. Cara paling mudah buat golongan dewasa yang sibuk bekerja untuk menangani penyebab tekanan ini adalah dengan kekal hidrat – air mineral semula jadi boleh menjadi pilihan yang sihat. Cara lain untuk mengelakkan tekanan termasuklah ketawa atau sekadar mengekspresikan perasaan kepada orang yang mereka rapat.

Tekanan adalah sebahagian daripada kehidupan dan sesuatu yang kita tidak dapat elakkan. Namun, kita sebenarnya boleh mengurangkan kesannya dengan melakukan perkara-perkara yang mudah seperti ketawa, bercakap dengan sesorang mengenai kebimbangan kita dan minum air banyak,” kata Pengarah Eksekutif, Spritzer Bhd, Dr Chuah Chaw Teo.

“Dengan Trak Minum Air, Ketawa, Mari Raikan Ceria-Ceria Spritzer, kami berharap dapat menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa minum air adalah salah satu cara mudah yang boleh kita lakukan untuk menangani tekanan. Sejak bertahun-tahun, Spritzer telah menawarkan rakyat Malaysia dengan rangkaian air mineral yang luas serta produk air inovatif. Ketika kami meraikan pencapaian ulang tahun selama 25 tahun pada tahun ini, kami akan berusaha untuk terus berinovatif dan menyediakan pilihan minuman berperisa yang lebih sihat kepada rakyat Malaysia. Di samping terus menawarkan air mineral yang paling laris di negara ini.”

Bukan sekadar menawarkan pilihan minuman yang sihat kepada rakyat Malaysia, air Spritzer juga dilaporkan mampu mengurangkan kandungan aluminium dalam badan berikutan wujudnya asid orthosilisik(OSA), sejenis silicon boleh larut pada tahap terapeutik.Menurut penyelidikan-penyelidikan yang telah disiarkan dalam Journal of Alzheimer’s Disease (2013), air Spritzer dikenal pasti memiliki kandungan asid orthosilisik (OSA) yang tinggi. Ia wujud secara semula jadi di dalam air mineral yang diambil daripada akuifer miliknya di Taiping, Perak. OSA dipercayai bermanfat untuk mengurangkan pengumpulan aluminium di dalam tubuh manusia – yang telah terbukti membawa kepada penyakit Alzheimer’s. OSA juga dianggap berkhasiat untuk menghalang masalah osteoporosis, selain memberi banyak manfaat kesihatan yang lain.

Beberapa aktiviti akan diadakan sepanjang siri jelajah Trak Ceria-Ceria Spritzer yang memberi penekanan bahawa perkara mudah dan menyenangkan perlu untuk meraikan kehidupan yang bebas tekanan. Antaranya ialah sebuah mesin layan diri yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif Spritzer serta gerai foto. Sementara Parti Spritzer yang istimewa pula menampilkan Peraduan Fotografi Mari Raikan, Sesi Yoga Ketawa dan Tarian Gembira. Hanya mengambil sedikit masa daripada waktu kerja, golongan pekerja dijemput untuk mengambil peluang berehat dan melegakan tekanan.

Siri jelajah Trak Ceria-Ceria Spritzer akan bermula pada 1 November 2014 dan berterusan sehingga 30 November 2014. Parti Spritzer pula akan diadakan di dua hentian utama – Menara Telekom (21 November 2014) dan Menara Multi-Purpose (28 November 2014).Sempena sambutan Ulang Tahun Spritzer yang ke-25, Spritzer turut memnganjurkan kempen Give-a-Gift yang menawarkan peluang kepada orang ramai untuk berkongsi nikmat hidrasi. “Kami percaya tentang perlunya berkongsi keseronokan, kegembiraan dan perkara-perkara baik bersama mereka yang tersayang. Melalui peraduan Give-a-Gift ini, kami memberikan rakyat Malaysia peluang untuk memberi hadiah kepada individu yang rapat dengan mereka dalam bentuk sebuah dispenser air. Caranya amat mudah, namun mampu ia menjelaskan tentang betapa kita menyayangi di antara satu sama lain,” kata Dr Chuah.

Orang ramai boleh mengambil bahagian menerusi laman Facebook atau di Trak Minum Air, Ketawa, Mari Raikan Ceria-Ceria Spritzer. Apa yang perlu mereka dilakukan adalah menghasilkan satu poskad, menjelaskan identiti individu yang dinamakan sebagai penerima hadiah serta alasan kenapa mereka dipilih. Kemudian, para peserta perlu berkongsi penyertaan di laman Facebook masing-masing untuk mengumpul undian. Pemenang kempen ini dipilih berdasarkan kepada kreativiti reka bentuk kad, mesej dan jumlah undian yang mereka terima. Sebaik sahaja para pemenang diumumkan, Spritzer akan menghantar sebuah Dispenser Air kepada penerima bagi pihak peserta terbabit.

Kempen Give-a-Gift berlangsung mulai 3 November hingga 14 Disember 2014. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web: http://www.spritzer.com.my atau http://www.facebook.com/Spritzer

<< Ketahui lebih lanjut tentang Bengkel Jom Cantik & Sihat anjuran WOM.my di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Serum Vitamin C Mampu Meremajakan Kulit Anda

Next post

8 Jenis Alat Senaman Yang Boleh Buat Anda Lebih Sihat & Cergas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *