ModeStail

7 Jenis Tudung Instant Yang Cantik Dan Mudah Digayakan

Tudung Instant - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: 4.bp.

Tudung Instant. Arus fesyen sentiasa berubah, begitu juga dengan fesyen tudung. Suatu masa dahulu, trend tudung bawal sangat popular. Tetapi dengan kehadiran lambakan tudung instant menyebabkan ianya menjadi pilihan utama.

Ramai wanita bertukar memakai tudung instant. Tudung instant bukan sahaja cantik, tetapi amat mudah dipakai dan menjimatkan masa. Tidak hairanlah para wanita beralih minat dan sangat menggemarinya.

 

Baca Juga: Tudung Halfmoon

 

Jenis-jenis Tudung Instant

1. Denim Soft/Hard Awning

Diperbuat dari kain denim yang super comfy dan tebal serta tidak melekap di badan. Dihiasi material chiffon bercorak dari warna senada yang akan menambahkan lagi keayuan sesiapa yang menggayakannya. Tahan lasak dan sesuai digayakan untuk sebarang majlis rasmi dan santai. Sesuai untuk semua peringkat umur. Mempunyai dua jenis iaitu, denim soft awning dan denim hard awning.

 

2. Bawal Instant

Bagi penggemar tudung bawal, usah bimbang. Tudung bawal instant yang direka khas untuk memudahkan anda. Bukan sahaja mempunyai pilihan warna yang menarik, juga mempunyai pelbagai rekaan yang memikat hati.

 

3. Cotton Bercorak Soft Awning

Cotton bercorak yang sangat sejuk dan selesa di pakai dengan soft awning denim cotton memudahkan penjagaan tudung dan pemakaian. Sesuai dipakai di acara santai dan simple.

 

Baca Juga: Anggun Dengan Tudung Turki

 

4. Hoddie Hard Awning

Gabungan material lycra da kodroi ini sangat menarik. Hard awning kodroi yang sesuai untuk semua jenis raut muka dan sangat mudah dipakai dan digayakan.

 

5. Syria

Padanan warna yang menarik antara tudung dan inner akan menarik perhatian. Sesuai digayakan dimana sahaja. Menjadi pilihan para wanita yang menggemarkan gaya simple.

 

6. Chiffon Shawl

Mempunyai adjustable dibahagian bawah dagu dan boleh dipakai secara labuh atau normal. Mudah digayakan dan seringkali menjadi pilihan para hijabis. Bukan sahaja cantik malah gaya lebih moden dan menarik.

 

7. Lycra Hard Awning

Masih ingat diawal kemunculan tudung instant, tudung lycra hard awning terlebih dahulu lahir. Mempunyai pelbagai rekaan dan warna serta gabungan dengan chiffon yang memikat hati.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Semak koleksi tudung bawal terkini di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Tips Mudah Untuk Anda Kelihatan Cantik Natural

Next post

8 Cara Mengenalpasti Bayi Berak Berdarah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *