ModeStail

Apa Menariknya Tudung Bidang 60? Baca Di Sini…

tudung bidang 60 - women online magazine

Foto: deviantart

Tudung bidang 60 ini adalah tudung bawal yang bersaiz bidang 60. Pada awalnya, tudung bidang 60 jenama “Akel” sangat popular dan menjadi pilihan para wanita yang memilih tudung bidang 60 sebagai gaya.

Perkembangan dunia fesyen telah menghasilkan rekaan baru khas untuk peminat tudung bidang 60. Namun, populariti tudung bidang 60 “Akel” tetap gah dan terus menerajui fesyen ini.Biasanya, tudung bidang 60 menggunakan material lembut untuk keselesaan pemakai. Tudung bidang 60 juga tidak jarang dan mudah dijaga.

Jenis-jenis Tudung Bidang 60

  • Tudung Bidang 60 Plain

Mempunyai pelbagai pilihan warna sama ada terang, gelap mahupun pastel. Tidak jarang dan mudah dijaga. Sesuai dipadankan di mana-mana majlis rasmi mahupun tidak rasmi.

  • Tudung Bidang 60 Paisley

Gabungan antara plain dan paisley sangat menarik! Motif bunga dibahagian bawah benar-benar menonjolkan kecantikan pemakai. Sesuai dipakai bersama jubah atau blouse kosong. Bukan sahaja kelihatan cantik, juga menutup aurat!

  • Tudung Bidang 60 Bercorak

Tudung bidang 60 mempunyai pelbagai corak sama ada motif floral atau apa sahaja. Kini peminat tudung bidang 60 tidak tertumpu pada 1 jenis, juga kepada pelbagai rekaan menarik.

Cara Penjagaan Tudung Bidang 60

  • Elakkan dari membasuh menggunakan mesin basuh. Basuh dengan tangan dan pastikan anda tidak meramas tudung semasa mencuci.
  • Pilih pencuci yang bersifat lembut.Jika anda salah memilih bahan pencuci, tudung anda mudah luntur dan rosak.
  • Pastikan cara anda mencuci tudung adalah betul. Celupkan beberapa kali di dalam air sabun dan bilas hingga bersih.
  • Elakkan menjemur tudung terus di bawah cahaya matahari. Cahaya matahari juga mampu merosakkan material tudung dan warna mudah luntur.
  • Jangan menggosok tudung pada suhu yang tinggi. Haba dari seterika akan melunturkan warna dengan perlahan-lahan.

<< Ketahui tips pilih tudung Syria yang sesuai dengan warna kulit anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Hati-Hati, Jika Tapak Tangan Anda Mudah Berpeluh!

Next post

Daun Pegaga Merawat Tisu Yang Rosak & Boleh Menghilangkan Parut

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *