ModeStail

8 Tips Pilih Jubah Pengantin Yang Tepat Buat Anda

Jubah Pengantin - Woman Online Magazine (1)

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto:hmetro

Jubah Pengantin. Majlis perkahwinan merupakan momen yang paling membahagiakan buat pasangan mempelai.Pelbagai rekaan pakaian atau busana pengantin yang menjadi pilihan untuk dikenakan ketika majlis resepsi dan akad nikah.

Apakah anda ingin mengenakan pakaian tradisional, gaun ala Barat atau jubah pengantin yang menerapkan ciri-ciri muslimah sejati? Sekarang nie ramai pasangan pengantin yang menyenangi rekaan jubah pengantin muslimah dalam majlis perkahwinan mereka.

Sudah pasti ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menentukan rekaan jubah yang seharusnya dipakai.Sebenarnya pemilihan jubah pengantin tidak perlu terlalu mengikut trend.

Sebaliknya, ia perlu sesuai dengan selera anda dan pasangan. Pertimbangkan bajet dan material yang digunakan untuk memenuhi rekaan fesyen jubah pengantin diingini.

 

Baca Juga: Cara Jimat Urus Belanja Kahwin

 

Berikut beberapa tips memilih jubah pengantin muslimah yang  sedikit sebanyak mungkin akan membantu anda untuk menentukan jubah pengantin yang sesuai dengan anda dan pasangan, adat, trend dan paling penting, tetap menepati syariat.

1. Saiz

Pilih atau tempah sepasang jubah pengantin yang sesuai dengan citarasa anda dan pasangan. Jika anda mahu mereka sendiri jubah pengantin tersebut, ada baiknya anda membuat ‘sketch design' yang sesuai dengan jiwa anda dan pasangan serta pereka fesyen anda.

 

2. Longgar

Pastikan anda memilih, membeli atau menempah jubah pengantin Muslimah yang longgar dan tidak terlalu ketat

 

Baca Juga: Bercinta Selepas Kahwin

 

3. Rekaan

Jika anda bingung untuk memilih rekaannya, anda boleh  menerapkan sedikit unsur busana gaun pengantin Barat. Sesuaikan rekaan jubah pengantin tersebut dengan penggunaan tudung, tema atau konsep perkahwinan serta tetap mengikut syariat wanita muslimah.

 

4. Jenis Material Kain

Memakai jubah pengantin dalam tempoh yang agak lama boleh menimbulkan peluh. Jadi, lebih baik jika anda memilih kain atau material yang mudah menyerap peluh. Selain itu, pastikan material yang dipilih membuatkan anda benar-benar berasa selesa supaya ianya tidak mengurangkan keyakinan diri anda ketika mengayakannya nanti.

 

5. Warna

Pastikan  warna jubah pengantin anda sesuai dengan dekorasi dan konsep perkahwinan yang anda pilih. Biasanya dulu, dress pengantin berwarna putih dengan nuansa putih sebagai dekorasinya. Namun, kini seiring dengan perkembangan zaman warna dress atau jubah  pengantin semakin bervariasi. Mulai dari warna pink, kuning,biru, hijau, ungu, merah dan sebagainya.

 

6. Aksesori

Gunakan aksesori yang secukupnya. Penggunaan aksesori yang berlebihan bukannya akan meninggalkan efek cantik, sebaliknya nampak ‘semak' atau berserabut. Sebaiknya, gunakan kombinasi jilbab dan make up serta aksesori seadanya sahaja kerana ia akan membuatkan penampilan anda sebagai ratu sehari yang cantik dan ada ‘kelas'.

 

7. Simple, Namun Berkesan Mewah

Pastikan anda memilih sepasang jubah pengantin muslimah yang simple, namun memperlihatkan kesan mewah. Anda boleh menggunakan  material  tile atau sutera satin yang akan membuatkan jubah  pengantin anda kelihatan mewah dan sesuai dengan syariat kerana tidak terlalu ketat.

 

Baca Juga: Kahwin Awal

 

Untuk mempertegas kesan mewah dan sederhana anda  juga boleh menggunakan kombinasi warna yang sesuai dengan sedikit kombinasi aksesori seperti kalung dan border. Selain itu, emas merupakan warna yang melambangkan kemakmuran dan kemewahan. Jubah pengantin dengan rona keemasan mampu memberikan kesan mewah dan mampu membuatkan penampilan anda semakin cantik dan menawan.

 

8. Bajet

Anggaran bajet adalah masalah yang cukup kompleks. Ada banyak alternatif pemilihan jubah pengantin muslimah. Anda boleh membeli, menempah atau  menyewanya. Jadi, pertimbangkan semuanya dengan anggaran bajet yang anda miliki.

<< Ketahui 7 cara atasi masalah stress rumah tangga di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Punca Perempuan Kahwin Lambat

Next post

Lebih Sihat Dengan 8 Khasiat Kangkung

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *