ModeStail

8 Tips Pilih Dress Labuh Yang Sesuai

dress labuh - women online magazine

Kredit foto: seqocistatic04-my

Dress Labuh. Pakaian menggambarkan penampilan seseorang.Dress labuh merupakan salah satu trend fesyen terkini bagi wanita.

 

Wanita perlu tahu akan beberapa  jenis pakaian mengikut kesesuaian mereka. Antara beberapa jenis pakaian yang harus dimiliki oleh seseorang wanita ialah dress labuh.Dengan penampilan kemas dan moden bersama dress labuh amat sesuai dipakai secara kasual mahupun untuk ke majlis formal.

Wanita akan lebih kelihatan berseri-seri dan anggun apabila mengenakan dress labuh tetapi anda harus berwaspada dengan penampilan diri apabila mengenakan dress labuh.

 

Berikut beberapa tips yang perlu anda titik beratkan sebelum memilih untuk mengenakan dress labuh: 

 

dress labuh - women online magazine 3

dress labuh - women online magazine 2

 

1. Pilih Fabrik Yang Selesa Untuk Dipakai

Fabrik merupakan asas yang penting dalam pemilihan dress labuh. Jika dress labuh tersebut tidak memiliki kualiti yang bagus, tentunya anda akan merasa tidak selesa apabila memakainya.

 

2.  Cari Dress Labuh Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda

Warna memainkan peranan yang penting dalam pemilihan dress labuh. Tidak guna jika anda memakai dress labuh yang cantik tetapi warnanya tidak sesuai dengan warna kulit anda. Perincian yang terlalu padat juga tidak sesuai bagi sesetengah bentuk badan.

 

3.  Pilih Kasut Yang Sesuai Untuk Digayakan Bersama Dress Labuh

Anda perlulah memilih kasut yang sesuai dengan ketinggian anda. Jika anda seorang yang tingi anda dinasihatkan untuk tidak mengenakan kasut bertumit tinggi ataupun wedges manakala bagi yang mempunyai ketinggian yang sederhana, anda bolehlah memakai kasut bertumit tinggi untuk menampakkan diri anda tinggi. Tetapi awas, jangan terlalu tinggi bimbang anda pula yang sukar untuk berjalan.

 

4. Pastikan Corak Dress Labuh, Sesuai Dengan Anda

Pemilihan corak yang betul akan memberikan kesan terhadap bentuk tubuh anda. Jika anda mempunyai tubuh badan yang agak besar, pilihlah dress labuh yang bercorak kecil supaya anda kelihatan lebih kecil.Manakala bagi yang memiliki tubuh kecil molek, pilihlah dress labuh yang bercorak besar untuk menampakkan tubuh anda sedikit besar.

 

5. Perincian Pada Dress Labuh

Perkara ini juga sangat penting keran perincian boleh membantu member ilusi bentuk tubuh yang menawan kepada anda. Jika anda tersalah memilih perincian pada dress labuh, oppss…  anda akan kelihatan buruk pada ketika itu. Jika anda memiliki dada yang agak leper, pilihlah dress labuh yang mempunyai perincian di bahagian dada supaya ia member ilusi dada yang berisi pada tubuh badan anda.

 

Baca Juga: Tips Payudara Cantik

 

6. Potongan Dress Labuh

Memakai dress labuh yang tidak sesuai dengan bentuk tubuh akan mencacatkan penampilan anda. Potongan dress labuh yang mempunyai getah di bahagian pinggang adalah sangat sesuai bagi anda yang bertubuh kurus. Ia akan membantu memberi ilusi potongan badan yang cantik kepada bentuk tubuh anda. Berbeza pula bagi yang bertubuh agak gempal, elakkan potongan jenis ini kerana ia akan menampakkan tubuh anda pendek dan rendah.

 

7. Outwear Yang Membantu

Pemakaian outwear yang sesuai dapat membantu memberikan style yang menarik pada anda. Pilih outwear yang seakan-akan sama dengan dress labuh anda supaya anda dapat menyembunyikan bahagian yang agak menonjol. Sebagai contoh cardigan, blazer atau jaket.

 

8. Padanan Aksesori

Pilih padanan aksesori yang anda boleh pakai berulang kali seperti topi, scarf, tali pinggang dan juga rantai.

 

Baca Juga:  Koleksi Kasut Boot

 

Info Ekstra!

  • Elakkan daripada memakai dress labuh yang terlalu kembang bagi yang mempunyai tubuh kecil kerana anda akan tenggelam dalam dress labuh tersebut.
  • Pakai dress labuh berpotongan A Line bagi yang bertubuh gempal kerana ini boleh menampakkan anda lebih ramping.
  • Bagi yang berhijab, pastikan pemilihan dress labuh tidak terlalu ketat dan anda perlu bijak memilih outwear untuk menutup bahagian tertentu.Pamakaian hijab bercorak sangat sesuai bagi dress labuh yang polos.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Dapatkan tips gaya hijab selebriti di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Perkara Yang Tak Boleh Anda Buat Bila Main Bola Baling

Next post

Resepi Sayur Lodeh Pekat Dan Pedas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *