BuzzzStail

Tonton Cerita Menarik di Astro, Februari Ini!

Tonton Astro - Women Online Magazine

Jom, saksikan beberapa cerita menarik di Astro bulan Februari ini. Selamat Menonton!

Married at First Sight: The First Year

Siaran Perdana: 16 Februari

Setiap Isnin, jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709)

Cerita Married at First Sight: The First Year ini menyaksikan Jamie dengan Doug dan Cortney dengan Jason meneruskan kehidupan mereka selepas enam bulan berkahwin.Pelbagai rentetan kisah kehidupan mereka, dari percutian ke harijadi, berpindah ke rumah baharu dan banyak lagi. Siri ini juga memaparkan cerita pasangan yang bercadang untuk memutuskan perhubungan. Jangan lupa menontonnya ya!

Remember Sunday

Siaran Perdana: 17 Februari

Setiap Selasa, jam 9 malam di Lifetime (Saluran Astro 709)

Molly, pelayan yang kesepian dan malang telahbertemu Gus, kerani kedai barang kemas yang tampan. Molly merasakan dia mungkin telah menemui jejaka idamannya.Tetapi Gus yang kuat pelupa membuatkan dia keliru dan sakit hati. Molly tidak mengetahui bahawa Gus tidak mempunyai memori jangka-masa pendek dan hanya bergantung kepada nota untuk meneruskan kehidupan setiap hari. Gus pula tidak pasti adakah wanita cantik seperti Molly ini boleh menyesuaikan diri dalam kehidupannya.

Vikings s3

Vikings musim ke-3 akan disiarkan pada 27 Februari, Jumaat jam 10 malam dengan 2 episod berturut-turut, dan seterusnya setiap minggu pada jam 10 malam, hari Jumaat dengan satu episod. Nampaknya pihak HISTORY Asia, sangat teruja untuk mengumumkan musim terbaru siri Vikings pada bulan Februari ini di HISTORY Astro SD CH555 and HD CH575! Bahkan, Vikings s3 akan disiarkan pada hari yang sama seperti di Amerika Syarikat.

Kisah Vikings s3 ini masih meneruskan lagenda epik pengembaraan Ragnar Lothbrok. Berbekalkan janji untuk diberikan tanah oleh pihak British, Ragnar bergabung dengan Raja Ecbert dan mengetuai pengikutnya mengharungi cabaran menghadapi peperangan di negeri Wessex. Vikings s3 menjanjikan lebih banyak keterujaan dan kelainan yang mengejutkan. Dicipta dan ditulis oleh Michael Hirst, musim baru 10 episod ini berlegar di sekitar Ragnar (Travis Fimmel) sebagai Raja dan gerombolannya, Norsemen, dalam pencerobohan Paris. Hikayat keluarga Ragnar, Rollo (Clive Standen), Lagertha (Katheryn Winnick) dan Bjorn (Alexander Ludwig) yang menarik berterusan apabila kesetiaan mereka dipersoalkan, kepercayaan diragui dan hubungan menjadi tegang.

Vikings menceritakan kisah luar biasa kehidupan dan pengembaraan epik pahlawan-pahlawan ini dan memaparkan kehidupan pada Zaman Kegelapan, dunia yang diperintah oleh penyerang dan peneroka, menerusi kaca mata masyarakat Viking.Menyertai buat pertama kali sebagai rakan rasmi digital, Spiral Media akan menawarkan isi kandungan eksklusif Vikings di IGN.com untuk pengguna di Asia Tenggara. Spiral Media memegang lesen untuk jenama antarabangsa dengan jutaan penonton di rantau ini seperti IGN, Twitch, PCMag dan AskMen di Asia Tenggara.

Untuk menyaksikan apa yang bakal berlaku di musim ke-3 Vikings, sila klik di sini:

 

<< Ketahui lebih lanjut kisah D'wapinz yang mempertaruhkan lagu ‘Berharap Kau Setia' di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cerahkan Wajah & Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa

Next post

HABIB KLCC Tampil Mewah Di Tahun 2015

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *