Buzzz

D’wapinz Pertaruhkan ‘Berharap Kau Setia’

Berharap Kau Setia - Women Online Magazine

D’WAPINZ band diketuai oleh Trian (vocal)Riza (Drum) Opik (guitar) Erwin (keyboard) dan Doell (Bass). D’wapinz band mengawali karier sebagai band indie yang selalu menghasilkan karyanya melalui dunia maya terutama jejaring sosial.

Pada awal kemunculannya D’wapinz band menciptakan sebuah single yang berjudul ‘BERHARAP KAU SETIA’. Sebuah lagu yang diciptakan oleh sang vokalis (Trian), lagu merupakan cerita nyata tentang kisah percintaan Trian sendiri kerana ditinggal oleh salah seorang bekas kekasihnya yang pergi jauh keluar negeri. Disebabkan liriknya yang mudah diingat dan menyayat hati, hasil single ini memiliki viewers terbanyak di youtube yang kemudian menarik perhatian salah satu produser muzik dari Malaysia.

Pada tanggal 16 Disember 2014 D’wapinz band secara rasmi bergabung dengan salah satu major label dari Malaysia Aries Music Production untuk bekerjasama dalam penggarapan single ‘Berharap Kau Setia’ ini dan pada tanggal 23 Januari lalu lagu ini telah direlease di iTunes. Pada bulan Februari ini juga lagu ini dijangka hit dan akan diputar di seluruh radio Malaysia.

LIRIK LAGU

Berharap Kau Setia – D'wapinz Band

Ciptaan: Trian D'wapinz (Aries Music Production)

Aku yang tak pernah bisa

Bila jauh darimu

Aku tak ingin engkau ada

Di samping yang lain

Bila waktu izinkanku

Untuk terus bersamamu

Aku kan selalu menjagamu

Di setiap nafas hidupku

(Bridge)

Bila kau jauh ingat aku

Dekap bayangku bersamamu

Bila kau dekat peluk tubuhku

Janjilah padaku tetap setia

(Reff)

Aku tak ingin engkau pergi

Aku tak ingin engkau jauh

Aku sangat mencintaimu

Sungguh sungguh ku cinta kamu

Ku hanya ingin kau mengerti

Ku hanya ingin kau fahami

Ku harap kau tetap disini

Untuk sama sama setia.

(Solo)

<< Anda peminat lagu-lagu nasyid? Ketahui lebih lanjut tentang album kompilasi hebat Mawi dan Raihan di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Makanan Sihat Untuk Diet Yang Wajib Anda Nikmati

Next post

‘Caras’ Usia Anda Dengan Cara Mekap Simple

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *