ModeStail

Sesekali Bergaya Dengan Baju Sejuk Memang ‘Cun’!

Baju Sejuk - Women Online Magazine 1

Foto: weecitizens

Musim sejuk adalah salah satu musim yang menjadi kegemaran pelancong yang khususnya datang dari negara yang bercuaca panas.Bagi menikmati keindahan musim sejuk, sebagai pelancong anda disarankan untuk menyediakan pakaian yang sesuai dipakai pada musim ini.

Ini adalah untuk mengelakkan anda dari jatuh sakit semasa percutian.Penting bagi setiap pelancong mengenali jenis baju sejuk yang sesuai digayakan.Pada musim sejuk, kita mesti memakai pakaian yang mampu memanaskan dan mengekalkan suhu badan kita.Oleh itu, jenis pakaian yang betul dan sesuai sahaja yang mampu memanaskan badan kita dari kesejukan.

Jenis-Jenis Baju Sejuk

Baju Sejuk - Women Online Magazine 2

Foto: stpost,melijoe,ecx.images-amazon,dressterra,25.mediaskyhdwallpaper

  1. Woolen Sweater

Ianya merupakan bulu yang lembut dan beralun yang datang daripada haiwan seperti kambing biri-biri. Woolen sweater dari bulu semula jadi adalah lebih baik dari yang berjenis Acrylic sweater. Ia lebih selesa dan menghangatkan tubuh anda.

  1. Acrylic Sweater

Acrylic adalah benang sintetik yang boleh didapati pada harga yang rendah. Sweater yang diperbuat daripada acrylic adalah lebih ringan daripada yang diperbuat daripada wool. Sesuai dipakai oleh kanak-kanak kerana ia lebih selesa. Kelebihan acrylic adalah senang dijaga dan tidak gatal sekiranya terkena pada kulit.

  1. Thermal Long John

Long John adalah satu set baju dan seluar yang nipis, ringan, selesa dan menghangatkan. Baju ini hanya boleh didapati di kedai menjual pakaian sejuk. Ia mengekalkan haba dan menambah lapisan pakaian supaya tidak terlalu sejuk ketika berada di luar.

  1. Winter Jacket

Memilih fabrik yang betul adalah pilihan terbaik. Perlu dipastikan ianya diperbuat daripada wool atau dilapisi wool. Lebih elok sekiranya lapisan luar jaket anda diperbuat dari bahan kalis air dan menggunakan wool di sebelah dalam.

  1. Winter Coat

Mempunyai kegunaan yang sama seperti winter jacket, tetapi ia datang dalam bentuk yang lebih labuh. Saiz labuhnya mencecah sehingga ke lutut. Lebih sesuai dipakai oleh wanita, ia sesuai digunakan oleh para wanita yang mementingkan kesopanan dan menutup aurat.

  1. Winter Vest

Juga sama seperti winter jacket dan winter coat, ia kelihatan lebih simple dan sesuai digayakan oleh lelaki. Dipadankan bersama woollen sweater, pasti anda kelihatan seolah-olah sedang berfesyen di musim sejuk!

Fesyen & Musim Sejuk

Ramai yang berpendapat bahawa kita tidak dapat bergaya pada musim sejuk. Namun, perkembangan fesyen pada hari ini berjaya menepis tanggapan itu. Musim sejuk sama sekali tidak pernah menghalang anda untuk tidak bergaya.Anda boleh tampil mencuba dengan padanan yang lebih segar untuk kelihatan lebih fesyen di musim sejuk! Jom lihat pakaian lain yang sesuai dipakai pada musim sejuk.

Pakaian Musim Sejuk

Kita telah melihat jenis-jenis baju sejuk yang telah team WOM.my senaraikan. Apa kata anda semak pakaian lain yang sesuai digunakan pada musim sejuk.

Baju Sejuk - Women Online Magazine 3

Foto: i01.i.aliimg,wigglestatic,ithinkyoureswell,stellabegonias,s.stpost,i.walmartimages

1. Skaf

Skaf digunakan untuk membalut bahagian leher bagi mengekalkan suhu badan. Skaf yang diperbuat daripada wool adalah lebih baik berbanding yang lain. Jika anda memiliki Pashmina shawl, ia turut boleh digunakan untuk membalut bahagian leher dengan bermacam-macam gaya kerana saiznya yang lebih panjang.

  • 2. Glove

Jika anda masuk ke kedai yang menjual pakaian musim sejuk, pastinya akan ada satu bahagian yang mempamerkan pelbagai jenis sarung tangan yang berlainan material. Glove bertujuan untuk menghangat tangan anda ketika anda tidak memasukkan tangan anda di dalam winter jacket.

  • 3. Stokin

Lebih sesuai jika anda memilih stoking dari material wool. Anda juga boleh menggunakan stokin jenis biasa, tetapi anda disarankan untuk memakai beberapa lapis disebabkan material yang digunakan untuk stokin biasa tidak dapat memastikan anda kekal panas.

  • 4. Snow Cap

Snow cap elok digunakan ketika berjalan di luar bangunan pada musim sejuk. Tubuh badan kita akan kehilangan haba dari mana-mana badan kita yang terdedah. Sudah tentu, kepala merupakan bahagian yang sentiasa terdedah kepada kesejukan. Dengan memakai snow cap, anda dapat mengekalkan kehangatan di bahagian kepala.

  • 5. Earmuff

Bagi yang mementingkan gaya, cuba menambah earmuff sebagai aksesori kepala untuk kelihatan lebih menarik di musim sejuk ini.

  • 6. Boots

Boots dapat mengelakkan kaki anda daripada basah sekiranya tenggelam ketika memijak salji. Sekiranya salji yang basah terkena kaki anda, seluruh tubuh badan akan mulai sejuk.

Info Extra!

  • Cuba memakai baju secara Layer to Layer kerana ia dapat memerangkap haba dari satu lapisan ke satu lapisan dan dapat memberi kehangatan dalam tempoh yang lebih panjang.

<< Ketahui padanan ringkas seluar legging yang boleh buat anda tampil lebih bergaya di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kenali 12 Tanda Tubuh Anda Kekurangan Zat Besi

Next post

Ketahui Punca Sebenar Penyakit Gila Meroyan & Cara Untuk Mencegahnya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *