ModeStail

Jom Bergaya Ringkas Dengan Baju Kotak-Kotak

Baju Kotak-Kotak - Women Online Magazine 1

Kredit Foto: offbeatandinspired.comntent,shopmadeinchina.com,onsugar.com,modaoperandi.com,abaday.com,polyvore.com,polyvore.com

Baju Kotak-Kotak. Fesyen baju kotak-kotak tidak hanya popular pada era 1970-an, sebaliknya dianggap fesyen yang tidak pernah pupus.

Golongan pereka fesyen dan pengeluar pakaian sentiasa berusaha menghasilkan koleksi baju kotak-kotak mengikut peredaran fesyen semasa. Fesyen baju kotak-kotak ini yang asalnya hanya digayakan oleh golongan lelaki, kini sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam kalangan wanita.Ia bukan sahaja selesa dan tampak ringkas dipakai malah serasi dipadankan bersama seluar jean dan skirt labuh.

Bagi para Muslimah yang mementingkan gaya sopan, usah bimbang! Terdapat juga baju kotak-kotak yang direka khas untuk anda. Namun harus diingatkan, baju kotak-kotak ini tidak sesuai dipakai ketika menghadiri majlis formal dan ke pejabat.

 

Baca Juga:  Baju Nikah Muslimah

 

Jadi, jika anda menggemari gaya yang santai dan tampak ringkas, tunggu apa lagi. Penuhkan almari anda dengan baju kotak-kotak!

Baju Kotak-Kotak - Women Online Magazine 2

                                                             

 Jenis Pakaian Kotak-Kotak

 

  1. Blouse

Kekal bergaya dengan blouse eksklusif kotak-kotak. Sesuai digayakan oleh muslimah yang mementingkan gaya kesopanan dalam penampilan diri. Blouse ini diperbuat daripada kain cotton lembut dan sejuk.

 

Baca Juga: Keistimewaan Kain Cotton

 

  1. Kemeja

Kemeja kotak-kotak sentiasa mendapat tempat di hati setiap wanita. Pakaian wanita jenis ini merupakan pilihan utama bagi mereka yang gemar tampil kemas dan elegan ke tempat kerja. Selain itu, terdapat juga rekaan kemeja kotak-kotak yang sesuai dipakai untuk aktiviti santai. Serlahkan penampilan dan tingkatkan keyakinan anda dengan pemilihan kemeja yang hebat ini.

 

  1. Crop Top

Menampilkan rekaan berpotongan “crop” dengan motif kotak-kotak. Berasaskan campuran “rayon”, leher berpotongan “scoop”, berlengan pendek dan muatan yang selesa. Tambahkan baju yang menarik ini sebagai salah satu koleksi kasual anda.

 

  1. Peplum

Tampil anggun dan bergaya dengan koleksi baju peplum kotak-kotak yang menawan. Curi tumpuan ramai dengan memadankan pakaian ini bersama sehelai skirt labuh dan aksesori yang bersinar. Anda juga boleh memadankannya dengan sepasang seluar yang sopan dan mengenakan tudung yang sesuai untuk mendapatkan imej Muslimah moden.

 

  1. Baju T-shirt

Merupakan pakaian yang paling selesa dipakai dan masih mampu menyerlahkan gaya anda dengan bersahaja. Pada mulanya, ia direka untuk kaum lelaki namun menjadi pilihan ramai wanita. Kini, terdapat pelbagai rekaan dan potongan baju- T kotak-kotak yang pastinya menambat hati anda dan sesuai untuk dipakaikan ke apa jua tempat dan acara.

 

  1. Tank Top & Singlet

Miliki koleksi pakaian tank top dan singlet kotak-kotak dan padankan dengan mana-mana pilihan seluar atau skirt yang sesuai. Lengkapkan gaya anda dengan padanan kasut yang sesuai untuk kelihatan ranggi.

 

Nota Kaki: Jika suka artikel ini, anda boleh SHARE ya!

<< Ketahui keistimewaan kain cotton di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Nikmat Bila Pakai Seluar Ketat!

Next post

9 Tips Cari Duit Lebih

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *