Selera

Jom Cuba! Resepi Nasi Arab

Resepi Nasi Arab - Women Online Magazine

Foto:efty

Nasi Arab adalah sejenis makanan istimewa yang nasinya berwarna kuning dan dihidangkan bersama ayam atau daging sama ada lembu atau kambing.Ia juga turut disediakan bersama sos salatoh dan timun. Asalnya Nasi Arab dimakan tanpa kuah disebabkan nasinya sudah mempunyai rasa yang sedap sekali.

Kelazatan dan kenikmatan Nasi Arab boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan tradisional yang amat terkenal, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan di Malaysia.Nasi Arab sudah menjadi makanan harian kebanyakan rakyat di Malaysia.

Resepi Nasi Arab Ayam

Ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih (umiIzz guna peha ayam sahaja)
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat di bawah)
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulatGaram
  • Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
  • Aluminium foil

Cara Penyediaan Ayam:

  1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
  2. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon diatas foil tadi.
  3. Letak ayam di atas bawang dan lemon. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir, buka sedikit foil dibahagian atas.

**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 minit, buka foil dan keluarkan air di dalam ayam tersebut dan barulah bakar semula sehingga ayam sedikit garing.

Nasi Arab

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi
  • 3 camca besar minyak sapi/jagung
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar (hiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 1 inci halia
  • 1/3 cawan kismis
  • Rempah tumis (1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih)
  • Pewarna kuning
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan nasi:

  1. Panaskan minyak, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga naik bau. Masukkan kismis, goreng sebentar dan tambahkan pula air, biar mendidih.
  2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  5. Titiskan 2 hingga 3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos

Bahan-bahan:

  • 1 biji tomato
  • 5 biji cili besar hijau
  • 1 tangkai batang ketumbar
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.

Cara penyediaan:

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur. Jangan lupa tambahkan kual dalca sebagai kuah untuk hidangan nasi arab anda. Selamat mencuba!

<< Dapatkan Resepi Kek Keju di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Wah, Banyaknya Khasiat Petai!

Next post

Fahami Fungsi Utama Protein Buat Tubuh Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *