Selera

Resepi Kek Marble Sedap

Kek Marble - Woman Online Magazine

Kredit: crummb

Resepi Kek Marble. Ada yang menggelarkan kek marble ini dengan nama kek belang ataupun zebra.

Tak kisah, ikut suka anda panggil yang mana satu. Apa yang pasti, Kek Marble ini sangat sedap rasanya dan tak rugi jika anda mencuba Resepi Kek Marble yang telah chef WOM.my sediakan ini.

 

Resepi Kek Marble

Bahan-bahan yang diperlukan:

5 biji telur (tetapi 2 biji itu anda buang putih telurnya)

100 gram mentega (dicairkan)

80 gram gula pasir

100 gram tepung gandum

1 sudu the emulsifier

3 sudu makan susu pekat manis

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh serbuk coklat/koko

 

Cara Membuatnya:

1. Panaskan oven dengan suhu 160 darjah Celcius.

2. Pukul gula, telur, emulsifier sehingga kembang dan putih.

3. Kemudian tambahkan susu pekat manis.

4. Masukkan tepung gandum dan esen vanilla. Kemudian kacau perlahan-lahan sehingga rata.

5. Cedok keluar 1/3 bahagian adunan dan tambah dengan bancuhan serbuk coklat/koko dan kacau sehingga sebati.

6. Tuang ½ adunan biasa tadi, kemudian masukkan adunan coklat/koko dan tuang baki adunan biasa sehingga habis. Di atasnya tepekkan dengan satu adunan coklat/koko.

7. Kemudian gunakan chopstick atau lidi satay, buat beberapa pusingan (corak) di atas adunan tadi.

8. Setelah itu, bolehlah anda bakar kek dalam oven yang telah dipanaskan itu. Biarkan selama 50 minit atau setelah Kek Marble tersebut masak.

9. Sejukan apabila sudah masak, kemudian bolehlah dihidangkan sebagai minuman petang.

<< Dapatkan Resepi Kek Tiramisu di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui 6 Punca Bayi Susah Tidur Malam

Next post

5 Petua Berkesan Merawat Selsema

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *