ResepiSajiSelera

Spaghetti Goreng Pedas

resepi spaghetti goreng - women online magazine

Ada banyak stok spaghetti di rumah? Jom, cuba buat Spaghetti Goreng Pedas yang cukup menyelerakan ini.

Cara penyediaannya sangat mudah, anda tidak perlu pening-pening kepala memikirkannya. Anda juga boleh mengolah resepi ini mengikut citarasa sendiri. Inilah Spaghetti Goreng ‘Meletop' yang telah di ‘Melayu' kan.  Sekali-sekala apalah salahnya jika sajian pasta yang berasal dari Itali ini diolah mengikut selera anda dan keluarga serta stok bahan yang ada di rumah. Okay, selamat mencuba.

 

Berikut Resepi Spaghetti Goreng Pedas

Bahan-bahan yang diperlukan:

100 gram spaghetti

6 ekor udang (dibersihkan dan dibuangkan kulit, tetapi tinggalkan ekornya)

1/2 biji lada Capsicum (dipotong dadu)

4 biji cendawan butang dihiris nipis

1 biji lada besar – merah (dipotong serong)

1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)

2 biji bawang putih (dicincang halus)

1 sudu teh sos tiram

1 sudu teh sos cili

4 sudu teh sos spaghetti

Oregano,garam, serbuk perasa, lada sulah serta daun bawang secukupnya.

 

Cara Membuatnya:

1. Rebus spaghetti dalam air mendidih yang sudah diletak garam dan minyak zaitun.

2. Apabila sudah masak, buang air dan toskannya.

3. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dicincang sehingga berbau harum.

4. Kemudian masukkan lada Capsicum, cendawan butang dan cili besar tadi. Gaul sehingga rata.

5. Kemudian masukkan sos tiram, sos spaghetti dan sos cili, serbuk perasa dan garam. Kacau sebati.

6. Masukkan spaghetti, kacau hingga sebati.

7. Selepas itu, masukkan udang dan serbuk lada sulah mengikut selera anda.

8. Masukkan hirisan daun bawang dan oregano, kacau rata dan jka rasanya sudah mengancam, bolehlah tutup apinya.

9. Sedia untuk dihidangkan dan jika suka anda boleh taburi ia dengan parutan keju.

Foto: Sekadar gambar hiasan

<< Anda nak tahu resepi pizza simple? Baca di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Laksa Johor

Next post

Resepi Mee Kari Ayam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. Ayesha Humairah
    December 16, 2016 at 8:06 pm — Reply

    Terima kasih ..

Leave a Reply to Ayesha Humairah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *