ResepiSajiSelera

Resepi Sayur Lodeh Pekat Dan Pedas

resepi sayur lodeh - women online magazine

Kredit Foto: resepmenu

Resepi Sayur Lodeh.Jika anda orang Johor sudah pasti biasa dengan masakan sayur lodeh ini betul tak ?

Lodeh biasanya dihidangkan pada Hari Raya dan makanan ini cukup popular di Johor. Ia dimakan bersama ketupat yang digandingkan bersama dengan sambal tumis, rendang dan kuah kacang. Rasanya, perghhh… memang enak.

Bagi anda yang rajin ke dapur, mungkin merasakan membuat sayur lodeh itu mudah saja. Tetapi,bagi mereka yang baru berjinak-jinak atau mahu menguji kepakaran memasak, tentu sahaja memerlukan panduan bagaimana mahu mengolah bahan-bahan tersebut.

Chef WOM.my sediakan Resepi Sayur Lodeh buat anda yang ingin cuba membuat sayur lodeh sendiri di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi sayur lodeh ini adalah  seperti berikut:

10  batang kacang panjang

sedikit sayur kobis

1/2 biji buah labu siam (potong empat segi/ atau sesuai selera)

1 lobak merah (dipotong mengikut selera sendiri.)

5 tongkol jagung muda(potong nipis)

Sebiji terung ungu

3 biji lada besar hijau dipotong nipis.

4 biji lada besar merah dipotong nipis.

2 helai daun salam

Santan (daripada 1/2 biji kelapa)

Tempe

400 ml air

1 sudu teh garam halus.

1 sudu teh gula perang

Penyedap rasa secukupnya.

 

Dapatkan Juga: Resepi Pulut Kuning

 

Rencah lain yang perlu dikisar & ditumis

4 biji bawang merah

2 ulas awang putih

Sebiji buah keras

2 cm lengkuas

1 sudu teh gula merah.
Dapatkan Juga: Resepi Serunding Ikan

 

 Cara Membuat Sayur Lodeh:

1. Tumis rencah lain yang sudah dikisar dengan api sederhana hingga berbau harum. Ketepikan.

2. Rebus air dan masukkan semua bahan-bahan sayur. Kemudian masukkan rencah lain yang sudah dtitumis tadi.

3.  Masukkan juga garam, gula merah, penyedap rasa dan santan.

4. Biarkan mendidih. Setelah masak, bersiap sedia untuk menghidangkannya berama ketupat, sambal tumis, rendang dan kuah kacang untuk menambahkan lagi keenakan sayur lodeh ini.

 

Nota Kaki: Boleh SHARE resepi ini ya

<< Jom cuba juga resepi pulut kuning di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Tips Pilih Dress Labuh Yang Sesuai

Next post

10 Khasiat Buah Mangga

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *