ResepiSajiSelera

Resepi Sambal Udang Petai Pedas Mengancam

RESEPI SAMBAL UDANG PETAI - WOMEN ONLINE MAGAZINE

Kredit Foto: Sekadar Hiasan

Sambal Udang Petai.Anda berminat untuk dapatkan Resepi Sambal Udang Petai? Jom salin resepi yang telah disediakan oleh Chef WOM.my dan cubalah memasaknya!

Petai? Sebut sahaja “petai”, pasti ada yang terus memikirkan tentang bau nafas yang kurang menyenangkan apabila kita menikmatinya. Sungguhpun begitu, bagi penggemar setianya, semua itu tiada masalah. Normal lah… kan…

Petai merupakan sejenis tanaman yang banyak sekali terdapat di negara tropika seperti di Malaysia dan Indonesia. Selain itu, petai juga dikatakan memiliki kandungan ‘surkosa’, ‘frukosa’ dan ‘glukosa’. Ketiga zat ini adalah gula semulajadi yang boleh menghasilkan tenaga segera buat sesiapa yang memakannya.

 

Baca Juga: Khasiat Petai

 

Sambal Udang Petai ini memang sedap dan cukup menyelerakan. Jika anda suka rasa pedas ‘menggigit’, lebihkan cili dalam masakan tersebut. Petai segar membuatkan sambal ini harum dan enak dimakan bersama nasi panas.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

 

Bahan-Bahannya:

  • 15 ekor udang
  • Petai (ikut suka)
  • 2 biji bawang besar
  • 1 biji bawang putih
  • 1 ½ inci belacan (jika mahu)
  • 1 sudu teh air asam jawa atau sekeping asam keping
  • kicap/garam/gula/serbuk perasa secukup rasa.
  • 5 sudu cili kering kisar

 

Cara Membuatnya:

  1. Cuci bersih udang sederhana besar, dibersihkan tinggalkan ekor.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan perencah (bawang merah dan bawang putih yang sudah ditumbuk halus) sehingga wangi.
  3. Masukkan 5 sudu cili kering kisar, gaul sehingga sebati.
  4. Tambahkan petai, garam, gula,kicap dan serbuk perasa. Gaul hingga rata, sampai petai setengah masak.
  5. Masukkan udang, gaul rata.
  6. Tambahkan air, biar hingga airnya berkurangan atau kering.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Jika anda berminat untuk menu resepi masakkan, anda boleh pilih mana-mana resepi yang telah disediakan oleh Chef WOM.my ini.Klik untuk ke halaman berikutnya.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Cara Hilangkan Mengantuk Lebih Berkesan

Next post

6 Punca Gemuk Yang Selama Ini Anda Mungkin Tertipu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *