ResepiSajiSelera

Mesti Cuba! Resepi Sambal Goreng Tempe Pedas Manis

resepi sambal goreng tempe - women online magazine

Kredit Foto: agrimart

Sambal Goreng Tempe. Tempe adalah  makanan yang diperbuat daripada kacang soya ini cukup berkhasiat dan kaya dengan  protein.

Bahkan, tempe cukup digemari terutama bagi mereka yang vagetarian. Pengambilan tempe secara rutin juga dapat memberikan manfaat yang positif buat tubuh. Tempe dikatakan membantu menurunkan kadar kolesterol jahat,berupaya menurunkan tekanan darah, membantu menjaga kesihatan sistem penghadalam, membantu mencegah kanser serta turut membantu mengatasi gejala-gejala menopause.

 

Dapatkan Juga: Resepi Sambal Belimbing Buluh

 

Jadi, tidak hairanlah masakan tempe menjadi menu favourite bagi sesetengah orang. Kini terdapat pelbagai cara atau gaya masakan tempe dan yang pastinya Resepi Sambal Goreng Tempe Pedas Manis yang Chef WOM.my sediakan ini cukup enak dan senang sekali untuk anda praktik.

Sambal tempe goreng pedas manis ini sangat kriukk, lazat serta cukup menyihatkan. Anda juga boleh menjadikan sambal goreng tempe ini sebagai bekalan ketika bercuti bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

 

Berikut cara membuat Sambal Goreng Tempe.

Bahan-bahan yang diperlukan:

600 gram tempe, dihiris nipis

5 biji bawang merah, dihiris halus

2 biji bawang putih, dihiris halus

7 biji cili padi, dihiris halus

1 sudu teh air asam jawa

100 gram gula Melaka

1 sudu teh serbuk perasa

2 helai daun salam

1 batang serai

1/2 sudu kicap manis.

 

 

Dapatkan Juga: Resepi Sambal Terung Pipit

 

Cara Membuatnya:

1. Goreng tempe sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi, sehingga berbau harum dan kering.

3. Masukkan air asam jawa, serbuk perasa dan gula Melaka.

4. Tambahkan sedikit air agar bahan-bahan rempah tersebut lebih mudah sebati dan rata.

5. Kemudian masukkan serai dan daun salam. Gaul rata.

6. Jangan masukkan tempe jika bahan-bahan tadi masih banyak mengandungi air, tunggu sehingga ia mengering.

7. Kemudian barulah masukkan tempe, gaul hinga sebati sambil dirasa. Jika kurang masin, tambahlah garam atau gula.

8. Biarkan sehingga kering.

9. Dah siap. Sejukkan dan masukkan ke dalam bekas yang tertutup atau kedap udara.

 

 << Ingin tahu cara membuat sayur lodeh? Dapatkan resepinya di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Perkembangan Bayi 8 Bulan

Next post

4 Tips Pilih Baju Kebaya Pengantin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *