ResepiSajiSelera

Resepi Roti John Sedap

resepi roti john - women online magazine

Kredit Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Roti John. Siapa berminat untuk dapatkan Resepi Roti John, anda boleh mencubanya di rumah. Salin resepi yang telah disediakan oleh Chef WOM.my ini.

Roti John merupakan salah satu makanan kegemaran masyarakat pelbagai kaum di Melaka. Roti John popular dan cukup terkenal di Melaka. Ramai pelancong tempatan dan luar negara gemar menikmati keenakan Roti John di sana.

Terdapat pelbagai jenis Roti John boleh didapati di Melaka. Antaranya Roti John Sardin dan Daging Kisar di Sungai Rambai, Roti John Klasik di Semabok, Roti John Barkat di Pantai Puteri, Roti John Merlimau dan lain-lain. Setiap jenis Roti John mempunyai keistimewaan dan rasa tersendiri.

Selain rasanya yang sangat lazat, Roti John juga sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja dari kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Roti John diperbuat daripada sejenis roti yang berbentuk panjang, bahagian dalam roti akan disaluti sardin, tuna atau daging kisar campuran telur ayam dan bawang. Boleh juga di makan dengan seisi keluarga .

 

Dapatkan Juga: Resepi Sandwich Tuna 

 

Bahan-bahan untuk membuat Roti John: Hidangan: untuk 4 orang

Roti hotdog

Daging cincang

Bawang besar (dicincang halus)

1 sudu serbuk kari

4 biji telur

Secubit garam

Timun (dipotong nipis)

Mayonis

Sos cili

 

Dapatkan Juga: Resepi Roti Sardin

 

Cara-cara untuk membuat Roti John:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dicincang hingga naik wangi.

2. Masukkan serbuk kari dan kacau lagi hingga sebati.

3. Masukkan daging cincang yang telah dibersihkan dan ditos.

4. Masukkan garam sebagai perasa,kacau hingga sebati dan masak.

5. Tuang bahan yang dimasak tadi ke dalam bekas yang berisi telur.

6. Kacau telur dan bahan-bahan itu hingga sebati.

7. Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak.

8. Masukkan bahan tadi ke dalam kuali dan ratakan.

9. Belah roti dan letakkan di atas bahan tadi.

10. Jika ingin Roti John yang lembut, terbalikkan bahagian roti dan biarkan panas seketika.

11. Angkat dan hidangkan dengan hirisan timun, mayonis dan sos cili.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang suka memasak dan menggumpul resepi.

<< Jom cuba resepi biskut pretzel di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Tanda Si Dia Lelaki Playboy!

Next post

Lipstik Matte Kekal Lama Di Bibir

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. September 15, 2016 at 1:40 pm — Reply

    terima kasih share resepi

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *