ResepiSajiSelera

Mesti Cuba! Resepi Pai Ayam

Resepi Pai Ayam - women online magazine

Kredit foto: romanceatrandom

Resepi Pai Ayam. Pai ayam atau chicken pot pei  cukup popular di negara Barat. Anda berminat untuk mencuba resepi pai ayam ini?

Jika ingin kelainan dalam masakan atau resepi anda, anda boleh cuba Resepi Pai Ayam ini dan buat sendiri di rumah. Trik untuk membuat hidangan ini semakin cantik, anda boleh mengggunakan puff pastry segera sebagai ‘penutupnya’(jika mahu).

Pai ini sesuai di sediakan ketika bersama dengan keluarga atau anda berminat untuk bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati pai ayam hasil dari mempelajari Resepi Pai Ayam yang telah disediakan oleh Chef WOM.my ini.

 

Berikut Resepi Pai Ayam

Bahan-bahan yang diperlukan:

Untuk kulit Pai Ayam

50 gram mentega

50 gram gula halus

1 ½ biji telur

275gram tepung gandum

 

Cara Membuat Resepi Pai Ayam adalah seperti berikut :

1.Pukul mentega dan gula sehingga sebati dan kembang.

2. Kemudian masukkan telur dan gaul sehingga rata.

3. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga habis dan uli sehingga sebati.

4. Selepas itu, simpan adunan ini di dalam peti sejuk selama 15 minit.

5. Setelah cukup 15 minit, keluarkan dan masukkan ke dalam acuan pai.

6.Tekan-tekan agar adunan tersebut menutupi bahagian bawah atau dasarnya dan  juga dinding tepinya.

7.Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C , sehingga warnanya berubah sedikit coklat atau sehingga masak. Ketepikan.

 

Dapatkan Juga: Resepi Ayam Masak Merah

 

Bahan untuk Isi Pai Ayam

1 sudu besar mentega

50 gram tepung gandum

2 cawan santan

dua batang lobak merah, dicincang dan direbus

100 gram daging ayam direbus dan dicincang

Garam,serbuk cili, serbuk kari dan kiub ayam secukupnya.

2 biji kentang direbus dan dilenyekkan.

 

Dapatkan Juga: Resepi Murtabak Maggi

 

Cara Membuatnya

1. Panaskan mentega sehingga cair.

2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan tersebut sehingga ia licin.

3. Kemudian masukkan garam, serbuk cili, serbuk kari dan kiub ayam. Kacau sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan pula daging ayam bersama lobak merah dan kentang.

5. Gaul sampai rata dan cukup masak, angkat.

 

Menyediakan Pai Ayam mengikut Resepi Pai Ayam adalah seperti berikut :

Masukkan adunan isinya tadi ke dalam mangkuk pai, dan hiasi bahagian atasnya dengan daging salai.

 

Nota Kaki: Boleh SHARE resepi ini dengan kawan-kawan anda.

<< Jom dapatkan juga resepi istimewa iaitu resepi ikan keli penyet di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Koleksi Tudung Bawal Terkini Pilihan Ramai Muslimah

Next post

Lebih 'Cun' Dengan Gaya Rambut Pendek 2016

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *