ResepiSajiSelera

Resepi Oreo Cheesecake Kukus

Resepi Oreo Cheesecake Kukus - women online magazine

Bagi anda yang suka menikmati kek keju pasti tahu betapa nikmatnya. Begitu juga dengan Oreo Cheesecake ini.

Oreo Cheesecake Kukus memiliki rasa keju yang nikmat dan lazat. Teksturnya yang lembut saat dimakan dan dibalut dengan keju yang lazat membuatkan ia semakin nikmat untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

Resepi Oreo Cheesecake Kukus yang  disediakan cukup mudah untuk anda membuatnya. Bukan setakat, tidak memerlukan waktu yang panjang untuk proses penyediaannya. Malahan,  bahan-bahan yang diperlukan juga senang didapati.

Bahan-bahan yang diperlukan;

7 biji telur

130 gm gula castor

¼ sudu teh garam

3 sudu besar air mineral

½ sudu besar emulsifier

175 gm tepung gandum protein rendah

25gm susu tepung

½ baking powder

100ml santan pekat segera

50 gm margarine, cairkan.

100 gm oreo tanpa krim (dicincang kasar)

 

Bahan Untuk Lapisan

4 keping keju

 

Cara Membuatnya:

1. Pukul telur, gula castor, garam, emulsifier dan air sehingga kembang.

2. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan baking powder sambil diayak dan dikacau perlahan-lahan sehingga merata.

3. Kemudian tambahkan campuran santan, dan margarine cair.

4. Tambahkan oreo, kacau sehingga sebati.

5. Tuang setengah bahagian di dalam loyang.

6. Kukus di atas api sederhana, selama 25 minit. Letak kepingan keju tadi di atasnya, dan kukus kembali selama 5 minit.

7. Tuang sisa adunan, kukus kembali selama 15 minit atau sehingga masak.

8. Siap! Sejukkan, potong dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit foto: lawyerloveslunch

<< Ingin membuat biskut raya yang murah, mudah dan sedap? Apakata, cuba Resepi Biskut Nestum. Klik link ini untuk mendapatkan resepi.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Formula Atasi Rasa Cepat Letih Dan Mengantuk

Next post

Wanita Mangsa Keganasan Perhubungan Cinta!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *