ResepiSajiSelera

Resepi Nasi Ayam Istimewa

Resepi Nasi Ayam-women online magazine

Kredit foto to  snomed3 | footie withdrawal symptoms

Resepi Nasi Ayam. Resepi yang disediakan oleh Chef WOM.my adalah resepi nasi ayam yang cukup sedap dan istimewa.

Ok sekarang anda boleh salin resepi nasi ayam ini. Nanti  anda boleh terus membeli barang-barang untuk bahan-bahannya dan boleh cuba memasak nasi ayam  sendiri.

Masa penyediaan Resepi Nasi Ayam ini bergantung kepada keadaan anda menyediakan bahan dan memasaknya. Ada yang ambil masa kurang daripada satu jam.

Jom, cuba Resepi Nasi Ayam!

(Cadangan Hidangan:  Untuk 4 Orang Makan)

Bahan-Bahan Untuk Resepi Nasi Ayam:

Bahan untuk ayam (perlu direbus) :

1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam

Bahan Penyediaan Untuk Ayam (perlu diperap dahulu) :

1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

 

Baca Juga: Resepi Nasi Ayam Hainan & Resepi Ayam Masak Lemon

 

Bahan Untuk Nasi:

3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk aroma

 

Bahan Untuk Penyediaan Sos:

5 biji cili merah siam
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

 

Bahan Untuk Membuat Sup:

Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yang dihiris

 

Baca Juga: Khasiat Daun Sup

 

Bahan Untuk Kuah Kicap:

Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam

 

Cara Membuat:

Penyediaan Ayam:

1. Bersihkan ayam, toskan air dan sapukan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

 

Cara Untuk Memasak Nasi:

1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa

 

Baca Juga: Resepi Nasi Goreng Nanas dan Resepi Nasi Arab

 

Cara Untuk Penyediaan Sup:

1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

 

Cara Untuk Memasak Sos:

1. Kisarkan semua bahan memasak sos.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

 

Cara Untuk Memasak Kuah Kicap:

– Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

 

Nota Kaki: Semoga anda berjaya mencubanya dan jangan lupa SHARE resepi ini dengan kawna-kawan. Jika anda mempunyai pelbagai resepi yang menarik untuk di kongsikan, sila email di support@wom.my.

Artikel resepi yang menarik tersebut akan akan kami kongsikan di WOM.my

 

<< Jom dapatkan juga resepi nasi lemak di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Subhanallah! Ada Banyak Manfaat Amalan Bersedekah

Next post

Mesti Baca! 5 Aktiviti Yang Boleh Menambah Ketinggian Anda!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *