ResepiSajiSelera

Resepi Laksa Penang

resepi laksa penang - women online magazine

Asam laksa merupakan makanan berkuah yang  dipenuhi dengan isi-isi ikan.

Mee beras (mee laksa) yang dibanjiri dengan keenakan isi-isi ikan yang dihasilkan daripada gabungan rasa asam, masin dan pedas membuatkan ia cukup lazat apabila dinikmati.

Ada pelbagai versi Resepi Laksa Penang, tetapi seperti biasa Chef Wom.my menyediakan resepi paling mudah, namun tetap mengutamakan keenakan masakan tersebut. Selamat Mencuba!

 

Berikut Resepi Laksa Penang

Bahan-bahan yang diperlukan:

250gm ikan kembung/tenggiri/sardine makarel (mengikut citarasa masing-masing)

7 biji bawang merah (dikisar)

2 biji bawang putih (dikisar)

sedikit halia (dikisar)

sedikit lengkuas (diketuk-ketuk)

3 kuntum bunga kantan (dipotong)

segenggam daun kesum

5 keping asam kandis

5 sudu cili kisar

sepeket mee laksa

sebiji mentimun Jepun (dipotong)

sebiji cili padi merah (dipotong)

sedikit nanas (dipotong)

Sebiji bawang (dipotong)

Sedikit minyak untuk menumis

Air secukupnya

2 sudu besar air asam jawa

garam, gula, serbuk perasa secukupnya.

5 biji limau kasturi (dibelah dua)

 

Cara Membuatnya:

  1. Rebus ikan yang sudah dicuci bersih menjadi dua bahagian sehingga masak. Angkat dan buang tulangnya dan kisar sehingga hancur. Ketepikan.
  2. Mee laksa tersebut, dicelur dan toskan. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang merah,bawang putih, halia dan lengkuas sehingga naik bau.
  4. Kemudian, masukkan cili kisar, kacau lagi. Jika kering masukkan air sedikit.
  5. Selepas itu, masukkan bunga kantan, asam kandis dan isi ikan. Gaul hingga sebati.
  6. Tambahkan air secukupnya dan biarkan ia mendidih.
  7. Tambahkan garam, gula, serbuk perasa secukupnya.
  8. Masukkan daun kesum dan biarkan sampai ia masak dan kuah menjadi sedikit pekat.
  9. Jika rasa semuanya ok, cukup masam, manis, pedas dan masinnya bolehlah diangkat dan tutup api.
  10. 10.Sediakan mangkuk, letakkan mee laksa sebanyak mana yang anda mahukan, siram dengan kuah laksa.
  11. 11.Hidangkan bersama mentimun,nanas, cili padi,limau kasturi dan bawang.

Kredit foto: travellingfoodies

<< Masakan rendang cukup popular dan menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Dapatkan Resepi Rendang Daging di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cabaran Langsing Selepas Raya

Next post

"Home Facial" Salah Satu Cara Nak Awet Muda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *