ResepiSajiSelera

Resepi Laksa Johor

resepi laksa johor - women online magazine

Jika ada peminat laksa, mahukan kelainan rasa, anda boleh cuba Resepi Laksa Johor.

Sangat popular di kalangan warga Johor. Laksa Johor ini tidak menggunakan mee yang diperbuat daripada beras, sebaliknya memakai spaghetti. Keenakan spaghetti yang disiram dengan kuat yang pekat, berisi cincangan ikan, rasa lemak masin, manis dan pedas ini begitu membuka selera.

Berikut Resepi Laksa Johor:

Bahan-bahan yang diperlukan:

5 sudu besar minyak masak

sedikit halia (dicincang)

9 biji bawang merah (dikisar)

2 biji bawang putih (dikisar)

5 sudu besar serbuk kari

15 ekor udang sederhana besar (dikupas dan dicincang)

Sebiji kelapa (diambil santannya)

2 batang serai

Sedikit lengkuas (diketuk-ketuk)

2 keping ikan tenggiri (isinya sahaja- dicincang)

2 keping asam kandis

5 biji limau kasturi (dibelah dua)

 

Untuk Spaghetti :

Direbus dengan rebusan air yang sudah diisi minyak dan garam. Setelah masak, toskan. Ketepikan.

 

Untuk Sambal:

5 biji cili merah yang dikisar bersama sedikit belacan bakar, sedikit garam dan sedikit perahan air limau nipis.

 

Untuk Pelengkap Hidangan:

Mentimun Jepun (dipotong)

Daun kesum(dipotong halus)

Taugeh

Bawang Besar (dipotong)

Kacang Panjang(dipotong)

Bunga kantan(dipotong halus)

Limau kasturi

(Sukatan: Mengikut kehendak anda)

 

Untuk Kuah Laksa Johor:

1.Panaskan minyak di dalam periuk.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.

3. Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Baur sehingga sebati.

4. Setelah itu, tuangkan santan, masukkan serai dan lengkuas serta udang. Didihkan buat seketika.

5. Kemudian, masukkan isi ikan tenggiri tadi, asam kandis dan biarkan ia masak selama beberapa minit. Jika terlalu pekat atau mengering, tambahkan air.

6. Cuba rasa masin, manis dan pedas, sekiranya lengkap bolehlah tutup api dan segera dihidangkan.

7. Spaghetti yang sudah sedia untuk dihidangkan, letakkan mentimun, daun kesum, bunga kantan, tauge, bawang dan kacang panjang sebelum disirami dengan kuah laksa Johor yang sudah siap itu.

8. Bagi melazatkan lagi Laksa Johor, jangan lupa letakkan sambal belacan dan limau kasturi.

9. Ok, dah siap pun. Sedia untuk dihidangkan buat seluruh ahli keluarga dan sahabat handai yang datang berkunjung. Selamat mencuba.

Foto: Sekadar gambar hiasan.

<< Ingin cuba membuat Laksa Penang? Jom, dapatkan Resepi Laksa Penang di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

"Home Facial" Salah Satu Cara Nak Awet Muda

Next post

Spaghetti Goreng Pedas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *