ResepiSajiSelera

Resepi Ketam Telur Masin Paling Enak

resepi ketam telur masin - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Ketam Telur Masin. Anda pencinta seafood? Inginkan sedikit kelainan rasa dalam masakan ketam?Ketam Telur Masin boleh dijadikan pilihan anda bersama keluarga.

Enak dijadikan menu makan malam yang cukup menyenangkan. Tambahan pula Resepi Ketam Telur Masin yang Chef WOM.my berikan ini cukup ringkas serta amat mudah untuk anda sediakan.

 

Berikut Resepi Ketam Telur Masin

Bahan-bahan yang diperlukan:

3 ekor ketam bunga bersaiz sederhana

6 biji telur masin (ambil kuningnya sahaja)

4 cm halia (dikisar)

7 biji bawang putih (dicincang halus)

2 biji bawang besar (dicincang halus)

5 biji cili besar merah (dikisar)

3 biji cili padi (dikisar)

5 helai daun kari

Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Daun bawang secukupnya – untuk di tabur di atas ketam

1 sudu besar air asam jawa

 

Dapatkan Juga: Resepi Ketam Masak Lemak 

 

Cara Membuatnya:

1. Cuci bersih ketam tersebut, dan angkat isi perutnya. Toskan dan campur dengan tepung jagung.

2. Panaskan minyak, goreng ketam tadi separuh masak. Angkat dan toskan minyak.

3. Sementara itu, kukus kuning telur masin. Haluskan. Biar berbentuk pasta. Ketepikan.

4. Dalam kuali lain, masukkan minyak dan tumis halia, bawang merah dan putih yang sudah dicincang halus tadi.

5. Biarkan sehingga naik bau, dan masukkan pula cili yang sudah dikisar tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan air asam jawa.

6. Kemudian masukkan kuning telur yang sudah dikukus tadi, baur sehingga sebati.

7. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa serta daun kari.

8. Kemudian masukkan pula ketam yang sudah digoreng.

9. Gaul seketika sehingga rata, jika terlalu kering tambah sedikit air.

10. Jika sudah cukup rasanya, tutup api dan gaul rata taburkan potongan daun bawang dan ketumbar sebelum disajikan.

 

Jangan lupa SHARE resepi ini.

<< Cuba juga resepi ikan kembung asam pedas. Klik link ini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Petua Putihkan Muka

Next post

4 Tips Pilih Jubah Cantik Buat Anda Yang Bertubuh Besar

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *