ResepiSajiSelera

Resepi Kerabu Kerang

resepi kerabu kerang - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Kerabu Kerang. Teringin untuk membuat sendiri Kerabu Kerang? Mungkin boleh dijadikan menu makan tengahari bersama keluarga tersayang.

Kerabu kerang memang sedap. Lebih lagi, jika digandingkan dengan taugeh dan kacang botor. Cara menyediakan kerabu kerang juga cukup simple dan mudah. Ini membuatkan sajian kerabu kerang ini sesuai sangat dijadikan hidangan makan tengahari ataupun malam.

 

Kerang bukan sahaja enak, tetapi juga mengandungi banyak zat dan turut bermanfaat buat tubuh. Antaranya;

1. Kerang berupaya mencegah penyakit jantung kerana mengandungi asid lemak omega 3 yang bukan hanya baik untuk otak, tetapi dapat juga membantu kerja jantung.

 

2.  Kerang juga membantu pembentukan sel darah merah. Kalium yang ada pada kerang baik untuk membentuk kembali sel darah merah sehingga tubuh tidak mudah penat.

 

3. Kerang juga membantu tekanan pada darah kerana zat ‘potassium’. Selain untuk tekanan darah, ‘potassium’ ini juga dapat membantu metabolisme pada tubuh.

 

4.  Kerang dapat menjaga kesihatan mata kerana memiliki vitamin A bagus untuk mata.

 

5. Dapat membuat kadar kolesterol tetap seimbang. Kolesterol dalam kerang sangat rendah sehingga bagus dimakan oleh penderita kolesterol.

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kerabu Kerang:

300gm isi kerang yang sudah direbus

5 batang kacang botor

Taugeh secukupnya

2 batang serai dihiris halus

4 ulas bawang merah dihiris halus

10 biji cili padi diketuk kasar

Daun ketumbar secukupnya dihiris halus

1 biji buah tomato dipotong dadu

Air limau nipis secukupnya

Kerisik secukupnya

Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

 

Dapatkan Juga: Resepi Rendang Kerang

 

Cara Membuat Kerabu Kerang:

1. Bersihkan kacang botor dan potong nipis-nipis.

2. Bersihkan taugeh dan dicelur seketika.

3. Campurkan semua bahan-bahan di atas dan gaul hingga sebati.

4. Jika ada bahan yang terkurang, bolehlah ditambah mengikut selera masing-masing.

5. Sedia untuk dihidangkan sebagai salah satu menu menarik untuk makan tengahari ataupun malam.

 

Nota Kaki: Jika suka anda boleh SHARE resepi ini.

<<Anda binggung nak masak apa hari ini?  Resepi Kari Ayam ini bukan sahaja mudah, tetapi juga sangat lazat. Ketahui di sini…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Nak Kurus Dalam Masa 30 Hari

Next post

7 Cara Menaikkan Nafsu Perempuan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *