ResepiSajiSelera

Resepi Kek Coklat Moist Meleleh

resepi kek coklat moist - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Kek Coklat Moist. Teringin untuk cuba membuatnya sendiri. Jangan risau kerana Chef WOM.my sedia membantu.

Hari ini kek coklat moist telah menjadi kegemaran kepada sesiapa sahaja yang mencubanya. Dengan rasanya yang lembut, serta isinya yang sedap pasti membuatkan anda ingin menikmatinya lagi. Tapi kenapa perlu beli sedangkan anda boleh mencubanya  sendiri.

Bahan-bahan kek ini akan diubah suai mengikut rasa, bentuk dan sebagainya. Ada yang menjadikan kek sebagai hiasan di candy buffet, hantaran, doorgift dan sebagainya. Jom cuba resepi kek coklat moist yang sedap ini.

 

Dapatkan Juga: Resepi Kek Marble

 

Bahan A:

1 cawan butter cair / minyak masak

1 cawan susu cair

2 cawan gula perang

1 cawan air panas

 

Bahan B (kacau rata- gunakan whisk):

1 sudu kecil esen vanilla

2 biji telur gred B

 

Bahan C (ayakkan):

2 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko

1 sudu baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

 

Coklat Topping:

250 gram coklat masakan

1 sudu besar butter

1 sudu kecil susu cair

 

Dapatkan Juga: Resepi Kek Tiramisu

 

Cara-Cara Membuatnya:

Panaskan oven pada suhu 175 celcius selama 10 minit.

Kacau bahan A supaya sebati.

Masukkan bahan B dan kacau rata.

Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.

Lapikkan kertas minyak dalam Loyang 10×10 inci.

Bakar selama 45-50 minit.

Sejukkan kek dan salutkan dengan topping coklat

 

Dapatkan Juga: Resepi Kek Red Velvet Kukus

 

Cara-Cara Membuat topping:

Panaskan coklat dalam periuk/  bekas secara double boil

Bila coklat telah cair, tutup api dan campurkan butter, kacau sebati.

Masukkan susu cair dan kacau lagi.

Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

 

Nota Kaki: Untuk anda di luar sana, selamat mencuba. Mungkin bagi mereka yang kali pertama membuat kek, mungkin kurang menjadi. Maklumlah pertama kali mencuba tentu ada yang kurang menjadi berbanding mereka yang mahir dalam bidang kek ini. Bak kata orang putih ‘practice make perfect’. Ok, jangan lupa SHARE RESEPI KEK COKLAT MOIST dengan kawan-kawan anda ya.

<< Berminat untuk belajar resepi pizza simple, klik sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

3 Senaman Berkesan Mengecilkan Perut Buncit

Next post

4 Punca Gigi Kuning & Cara Memutihkannya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. Leila Yunus
    March 21, 2014 at 12:22 am — Reply

    Thank you for sharing.
    Semuga dapat ganjaran dari nya..

  2. nurul
    July 21, 2014 at 1:41 pm — Reply

    saya nk tau telur tu kena asing x antara putih n kuning? then kena pukul yg putih jd meringue x?

    tq

Leave a Reply to Leila Yunus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *