ResepiSajiSelera

Mesti Cuba!Resepi Ikan Siakap Masam Manis

esepi ikan siakap - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Ikan Siakap. Ikan siakap  memang sedap jika digoreng garing. Namun, terasa lebih nikmati jika ‘disirami’ dengan sos masam manis!

Ikan mempunyai kandungan khasiat yang sangat bagus buat tubuh. Mampu meningkatkan kecerdasan manusia dan juga daya ketahanan tubuh.  Jadi, tidak rugi jika anda selalu memilih ikan sebagai menu utama masakan anda.

 

Dapatkan Juga: Resepi Ikan Kembung Asam Pedas

 

Berikut Resepi Ikan Siakap Masam Manis, selamat mencuba!

Bahan-bahan yang diperlukan;

Seekor ikan siakap (bersaiz sederhana)

1 sudu teh tepung jagung

1 sudu teh garam

2 sudu teh perahan air limau nipis.

½ sudu teh serbuk lada sulah

sedikit halia, dicincang halus

sedikit serbuk kunyit

 

Bahan Untuk Sos Resepi Ikan Siakap Masam Manis;

2 sudu besar margarine

2 biji bawang Bombay, dicincang kasar

1 biji bawang putih, diketuk-ketuk, cincang

2 biji cili besar, dihiris

2 cm halia, dicincang halus

1 biji tomato dicincang halus dan ketepikan.

100 ml air

3 sudu besar sos tomato

1 sudu teh garam

1 sudut teh gula pasir

1 sudu teh tepung kanji, larutkan dengan sedikit air.

 

Dapatkan Juga: Resepi Ikan Patin Tempoyak

 

Cara Membuatnya;

1.Cuci bersih ikan siakap. Lumurkan ikan dengan halia dan air perahan limau nipis sehingga rata. Biarkan selama 30 minit untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut.

2.Kemudian lumur ikan tersebut dengan serbuk kunyit, serbuk lada sulah, garam dan tepung jagung.

3. Setelah itu goreng dalam minyak panas dan biarkan hingga berwarna kuning kecoklatan.

4. Setelah masak, angkat dan tiriskan minyak.

 

Cara Membuat Sos;

1.Panaskan margarine hingga cair.

2.Tumis bawang Bombay dan bawang putih sehingga naik bau.

3.Tambahkan halia dan cili besar, kacau hingga layu.

4. Kemudian, masukan kesemua bahan-bahan lain.

5.Kacau hingga mendidih, setelah itu masukkan larutan kanji, kacau sehingga pekat.

6. Letak ikan siakap di piring hidangan dan tuanglah sos tersebut di atasnya.

7. Dah siap dan bolehlah disajikan.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini ya!

<< Ayam goreng termasuk dalam kategori masakan yang cukup mudah untuk disediakan. Tak lebih daripada 30 minit, dah siap! Dapatkan resepinya di link ini.

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Cara Atasi Masalah Nasi Mentah

Next post

5 Cara Berkesan Atasi Masalah Kulit Kepala Kering & Gatal

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *