ResepiSajiSelera

Resepi Ikan Keli Penyet Sedap Meleleh

Resepi Ikan Keli - women online magazine

Kredit Foto: ariyahidayat

Ikan keli mempunyai rasa garing dan sedap sehingga membuatkan ramai yang gemar menikmatinya.Resepi Ikan Keli yang disedikan oleh Chef WOM.my memang sedap dan anda harus cuba membuatnya.

Selain daripada ikan siakap, ikan kembung dan ikan pari bakar, Ikan keli adalah ikan air tawar yang memiliki rupa dan bentuk yang sangat unik serta banyak ‘diternak’. Harganya masih dianggap murah dan ramai yang menggemari ikan ini.

Untuk menikmati rasa yang lebih ‘ummphh’ apabila dimasak, anda perlu membersihkan ikan keli ini dengan  sebaik mungkin untuk menghilangkan lendir serta rasa hanyirnya. Sebaiknya, lumur ikan keli dengan air limau kasturi. Kemudian cuci ikan sehingga bersih dan hilang lendirnya.

Ikan keli boleh dihidangkan dengan pelbagai menu masakan, salah satunya  Ikan Keli Penyet. Ia sedap dimakan bersama nasi putih dan pelengkapnya iaitu tomato, mentimun, kubis ataupun dengan daun kemangi, tauhu goreng serta sambalnya.

 

Dapakan Juga: Resepi Ikan Patin Tempoyak

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

3 ekor ikan keli sederhana besar

Minyak untuk meggoreng

1 ulas bawang putih-dikisar

4 cm kunyit hidup-dikisar

1/2 sudu garam

1 sudu kecil serbuk ketumbar

 

Cara Membuat Resepi Ikan Keli Penyet adalah seperti berikut :

1.Ikan keli yang sudah dibersihkan, dilumuri kunyit hidup dan bawang putih yang sudah dikisar.

2.Kemudian masukkan garam dan serbuk ketumbar, gaul sehingga sebati.

3.Perap selama 20 minit supaya bahan-bahan tadi meresap.

4.Panaskan minyak untuk menggoreng (pastikan anda menggunakan minayak yang banyak) , dan goreng ikan tersebut dengan api yang sederhana sehingga ikan tersebut masak, angkat dan toskan. Ketepikan.

 

Bahan yang diperlukan untuk membuat Sambal Ikan Keli Penyet:

4 biji cili besar berwarna merah

15 biji cili padi

Sebiji tomato

1 biji bawang merah

2 sudu besar gula Melaka

1 sudu the garam

1 perahan air limau kasturi

2cm belacan (jika suka)

 

Cara Membuatnya:

1.Rebus cili-cili tersebut bersama tomato dan bawang merah sehingga masak.

2.Toskan dan biarkan sejuk.

3. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam alat pengisar( blender), lalu ditambah gula Melaka, garam  dan belacan serta perahan air limau kasturi.

4. Apabila sudah siap, masukkan sedikit minyak dan sambal tersebut.

5. Tambahkan sedikit air, dan masak sampai salam tersebut tadi pekat.

6.Jika sudah cukup rasa semuanya, bolehlah tutup api.

7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, ikan keli dan juga sayur-suyuran yang sudah anda pilih bagi pelengkap Resepi Ikan Keli Penyet.

 

Jangan lupa SHARE resepi ini ya.

<< Jom cuba juga resepi bangkit cheese di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Tips Dekorasi Bilik Tidur Utama

Next post

Kekal Muda Dengan Krim Collagen

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *