ResepiSajiSelera

Cubalah Resepi Daging Masak Merah Meletop!

resepi daging masak merah - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Daging Masak Merah. Biarpun tidak sepopular Ayam Masak Merah, namun Resepi Daging Masak Merah tetap menjadi pilihan variasi menu keluarga.

Masakan ini sesuai buat pencinta rasa pedas dan juga penggemar daging.  Bahan dan ramuan yang diperlukan sangat ringkas dan proses pembuatannya juga mudah. Boleh dicuba bila-bila masa sahaja.

Berikut bahan dan ramuan serta cara membuat Resepi Daging Masak Merah. Daging lembu dihiris nipis agar cepat masak dan empuk dagingnya. Selamat mencuba bagi anda yang ingin mencuba.

 

Baca Juga: Bahaya Daging Kambing 

 

Bahan-bahan yang diperlukan;

250 gm daging lembu, dipotong nipis dan jangan  terlalu lebar.

2 biji tomato, dibelah empat.

1 batang serai, diketuk-ketuk

2 helai daun limau purut

1  sudu teh garam

½ sudu teh serbuk lada sulah

½ sudu teh gula merah

½ sos tiram

1 sudu besar air asam jawa

300ml air

3 sudu makan minyak untuk menumis

 

Dapatkan Juga: Resepi Daging Salai

 

Bahan Untuk Dikisar Halus:

5 biji bawang merah

2 biji bawang putih

1cm halia

8 biji cili kering

2 biji cili besar

 

Dapatkan Juga: Resepi Rendang Daging

 

Cara Membuatnya:

1. Panaskan minyak. Tumis ramuan yang telah dikisar.

2. Kemudian masukkan serai dan daun limau purut sampai berbau harum.

3. Masukkan daging lembu. Kacau sampai berubah warna.

4. Masukkan garam, serbuk lada sulah, sos tiram, gula merah, air asam jawa. Kacau rata.

5. Tuang air, tutup tudungnya dan biarkan mendidih sehingga masak.

6. Apabila sudah hampir masak, masukkan pula tomato.

7. Ok, Siap!

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang suka ke dapur.

<< Ayam goreng termasuk dalam kategori masakan yang cukup mudah untuk disediakan. Tak lebih daripada 30 minit, dah siap! Dapatkan resepinya di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Cara Terbaik Memancing Ghairah Isteri

Next post

5 Punca Tak Banyak Duit!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *