ResepiSajiSelera

Resepi Biskut Pretzel Enak Dan Rangup

resepi biskut pretzel - women online magazine

Kredit Foto: jen

Resepi Biskut Pretzel. Pasti anda berminat nak tahu resepi biskut pretzel kerana rasanya yang sedap. Jom, kita dapatkan resepinya daripada Chef WOM.my

Pretzel asalnya dari Jerman dan dikenali sebagai “Brezel”. Pretzel adalah produk roti yang diperbuat daripada adunan biasa dengan simpulan unik.

Bentuk pretzel tradisional adalah bergelung simetri yang tersendiri, dengan ujung-jalur yang panjang doh saling berkait dan kemudian dipintal kembali ke dalam dengan cara yang tertentu (“gelung pretzel”).

Kini pretzel pelbagai bentuk boleh didapati di seluruh dunia dan garam adalah perasa yang paling biasa bagi pretzel.

Untuk lebih bervariati, ia diolah menjadi biskut yang dicelup coklat dan sebagainya.

Bahan-Bahan Biskut Pretzel:

250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko

 

Cara membuat Biskut Pretzel: 

1. Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang.
2. Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
3. Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.
4.  Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.

 

Bonus untuk anda, Chef WOM.my  kongsikan beberapa lagi resepi yang cukup enak dan lazat di sini.

Klik link di bawah untuk dapatkan resepi:

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang gemar ke dapur.

<< Pasti anda berminat nak tahu resepi red velvet kukus dengan krim keju di sini…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Dulu Cukup 'Panas', Kini Semakin Menjauh!

Next post

Atasi Masalah Kulit Muka Dengan 4 Cara Semulajadi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

3 Comments

  1. July 18, 2014 at 9:20 am — Reply

    Biskut Pretzel ni semakin glamour yer..

    Tak la susah sngat nak buat kan..Thanks resepi ni..

    • July 18, 2014 at 1:03 pm — Reply

      sama-sama.. semoga bermanfaat

  2. Leaner
    November 4, 2016 at 5:04 pm — Reply

    Bakar tu berapa lama dan berapa suhunya . Maaf . Baru nak belajar

Leave a Reply to WOM.my Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *