ResepiSajiSelera

Resepi Biskut Oat

resepi biskut oat - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Jom cuba resepi biskut oat ni hari ini juga. Anda boleh hidangkan ketika minum petang, atau sarapan pagi.

Oat merupakan sejenis bijiran dan biji benih tumbuhan. Ia digunakan bagi makanan manusia dan juga boleh dijadikan sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda.

Oat seringkali dihidangkan sebagai bubur yang dihasilkan daripada oats yang dilenyek dan juga dibakar menjadi biskut. Dalam bentuk tepung oat atau oat meal, ia juga digunakan dalam pelbagai biskut dan cereal sejuk, dan sebagai bahan dalam muesli dan granola.

Oats juga boleh dimakan mentah, dan biskut dengan oats mentah menjadi semakin popular. Selain itu juga, ianya sesuai kepada anda yang ingin menguruskan badan kerana kandungan Oat yang boleh memberi tenaga kepada anda.

Antara bahan-bahan untuk resepi biskut oat ini adalah: 

400gm oat

2 biji telur

200gm mentega

200gm gula kastor

50gm ceri | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

1.  Pukul mentega dan gula hingga sebati.

2.  Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.

3.  Kemudian masukkan oat dan uli hingga sebati.

4. Bentukkan adunan menjadi bulat atau ikut kesukaan anda dan hiaskan dengan ceri.

5.  Susun di dalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 175°C selama 20 minit.

Nota: Dulang pembakar hendaklah di sapu dengan sedikit mentega agar biskut tidak melekat.

Mudah sahaja nak ikut resepi biskut oat ni. Teruskan bersama kami untuk dapatkan resepi-resepi yang menarik dari kami pada post yang akan datang.

<< Jika anda berminat untuk dapatkan Resepi Kek Lapis Cadbury, klik sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Kek Lapis Cadbury

Next post

5 Makanan Sihat Untuk Anak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *