ResepiSajiSelera

Resepi Biskut Nestum

biskut nestum-women-online-magazine

Ingin membuat biskut raya yang murah, mudah dan sedap? Apakata, cuba Resepi Biskut Nestum.

Membuat Biskut Nestum sering menjadi pilihan ramai ketika musim Raya. Untuk membuat  biskut nestum hanya diperlukan beberapa bahan sahaja dan mudah serta tidak rumit untuk membuatnya. Selain daripada rasanya yang enak, bentuk Biskut Nestum juga cukup menarik.

Ada macam-macam bentuk, semua itu bergantung pada citarasa anda sendiri untuk menambah keindahan Biskut Nestum tersebut. Rasa manisnya juga tidak keterlaluan, dan lebih nikmat jika dimakan bersama secawan teh manis ataupun segelas air sirap sejuk. Boleh jadi ketagih!  Okay, selamat mencuba Resepi Biskut Nestum.

 

Berikut Resepi Biskut Nestum;

 

Bahan-bahan A

250gm margarine/mentega

150 gula aising

30 gm softening

35gm serbuk badam (perlu digoreng tanpa minyak)

1 sudu teh esen vanilla

 

Bahan-bahan B

30gm nestum (dikisar)

500gm tepung gandum

 

Bahan-bahan Hiasan

2 biji telur kuning

2 titis pewarna kuning

sedikit hiasan manik (ikut citarasa sendiri)

sedikit serbuk roti

 

Cara Membuat Biskut Nestum;

1. Campurkan Bahan A dan gaul hingga sebati

2. Masukkan Bahan B, kemudian uli hingga menjadi doh dan lembut.

3. Canaikan adunan dan terap atau betukkan ia mengikut apa yang anda sukai.

4. Sapukan kuning telur di atasnya, kemudian taburkan manik-manik serta serbuk roti sebagai hiasan.

5. Setelah itu,susun atas dulang pembakar.

6. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160 darjah Celsius atau sehingga masak.

Kredit foto: tiffinbiru

<<  Kuih wajib setiapkali raya. Jika tak ada, ada yang mengatakan macam tak Raya! Klik di sini untuk mendapatkan resepinya. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Melatih Otak Agar Lebih Kreatif & Sihat

Next post

Ketahui Cara Agar Tubuh Tetap ‘Fit’ & Sihat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *