ResepiSajiSelera

Resepi Biskut Kacang

Resepi biskut kacang- Women Online Magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Resepi Biskut Kacang ini dibuat daripada kacang tanah pilihan sehingga rasanya begitu istimewa dan disukai ramai orang.

Seiring dengan waktu serta perkembangan zaman, Biskut Kacang yang penuh dengan rasa ini dihasilkan dalam pelbagai gaya agar tidak membosankan. Namun, keenakkan rasanya tetap dikekalkan. Jadi, Tidak hairanlah Biskut Kacang ini sering mendapat tempat ketika Hari Raya.

Jadi, anda tidak perlu binggung memikirkan biskut apa yang paling sesuai dibeli ataupun dibuat sendiri untuk Hari Raya nanti. Biskut Kacang Mazola adalah jawapannya.

Cara membuat Biskut Kacang cukup mudah dan anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk cuba menyediakannya. Selamat Mencuba!

Bahan-Bahan  Resepi Biskut Kacang adalah seperti berikut:

200 gram kacang tanah (digoreng dan ditumbuk halus)

200 gram gula kastor

250 tepung gandung

1 biji telur

Minyak Mazola secukupnya

Sedikit badam cincang (untuk hiasan)

Cara Membuat  Resepi Biskut Kacang:

–      Gaul tepung gandung, gula dan kacang tanah hingga sepati.

–      Kemudian masukkan minyak Mazola secukupnya sehingga adunan menjadi lembut dan tidak berketul-ketul.

–      Bulat-buatkan adunan sebesar guli (nak guna acuan pun boleh). Kemudian susunlah dalam dulang pembakar.

–      Jika mahu, letakkan sebiji kacang di atasnya sebagai hiasan.

–      Supaya kacang tidak terpisah daripada biskut setelah dibakar, sapukan kuning telur dan taburkan badam di atasnya.

–      Masukkan ke dalam oven selama 30 minit dengan suhu 150 darjah Celsius.

Jom dapatkan kesemua resepi menarik hari ini juga dan jangan lupa jika ada pendapat dan idea anda boleh nyatakan pendapat anda di ruang komen di bawah.

<< Jom ketahui resepi kek pelangi pula di sini.. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Kek Pelangi Kukus Senang & Sedap

Next post

7 Senaman Untuk Menambah Tinggi Badan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *