ResepiSajiSelera

Resepi Biskut Coklat Hazelnut

resepi biskut coklat hazelnut - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Adakah anda sedang mencari-cari resepi untuk biskut raya? Jom cuba Resepi Biskut  Coklat Hazelnut di sukai ..

Kacang hazel adalah antara kekacang yang menjadi pilihan dan kesukaan ramai dalam pembuatan biskut dan coklat. Ia bukan sahaja enak untuk dinikmati, malahan turut memberikan khasiat pada tubuh.

Kacang hazel ini kaya dengan vitamin E, efektif untuk membantu sistem peranakan, bagus untuk otot jantung, berupaya mencegah anemia dan kanser.

Selain itu, pengambilan kacang hazel ini juga baik bagi membantu kelancaran sistem penghadaman.  Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel ialah ‘thiamin’, ‘magnesium’, ‘beta sitosterol’ dan ‘phytosterol’.

Bagi penggemar coklat, jom kita cuba resepi Biskut Coklat Hazelnut yang sedap ini. Bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuatnya sangat senang. Semudah A.B.C!

Bahan-bahan Resepi Biskut  Coklat Hazelnut adalah: 

250gm Coklat Compound Gelap

50gm serbuk kacang hazel

Kacang hazel secukupnya (dipanggang seketika)

Untuk hiasan: 50gm Coklat Putih-dicairkan

Cara Membuat Resepi Biskut  Coklat Hazelnut ialah:

  • Cairkan coklat putih secara ‘double boil’.
  • Kemudian masukkan ke dalam ‘piping bag’. Picit sedikit ke dalam acuan dan biarkan keras terlebih dahulu.
  • Cairkan pula coklat gelap secara ‘double boil’. Masukan kacang hazel, kacau hingga sebati.
  • Masukan coklat ke dalam ‘piping bag’ dan picit ke dalam acuan hingga hampir penuh.
  • Letakkan sebiji kacang hazel dan tekan ke dalam coklat tersebut.
  • Kemudian simpan di dalam peti sejuk 15-20 minit (biar coklat tersebut keras).

<< Jom cuba pula resepi kek buah di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kesan Duduk Terlalu Lama Di Depan Komputer

Next post

Usahanita Wilayah Persekutuan Anjurkan Jualan Hebat Barangan Terpakai

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. August 21, 2015 at 11:17 am — Reply

    Saya gembira menjadi ahli WOM thanks.

    • August 21, 2015 at 2:38 pm — Reply

      tqvm dan teruskan setia bersama WOM.my

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *