ResepiSajiSelera

Resepi Ayam Percik Pedas

resepi ayam percik - women online magazine

Kredit Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Ayam Percik. Selama ini asyik beli jer ayam percik di pasar malam, apa kata hari ini anda mencuba pula resepi ayam percik buatan sendiri.

Ayam Percik adalah antara menu kegemaran penduduk tempatan mahupun di kalangan pelancong. Hidangan ini berupakan ayam yang dipanggang dengan kelapa yang direndam dengan ramuan sos pedas.

Hidangan ini amat popular ketika menjelang bulan puasa, rata-rata mereka akan mencari hidangan ini untuk juadah berbuka dan membuatkan ia diminati oleh pengemarnya.

 

Dapatkan Juga: Resepi Ayam Masak Lemon

 

Bahan-bahan Ayam Percik:

½ ekor ayam (dipotong dua)

  • 2 biji bawang besar
  • 2 inci kunyit hidup (boleh ganti serbuk kunyit jika tiada)
  •  2 batang serai
  • 2 cm halia
  • 1 sudu kecil biji ketumbar
  • 4 ulas bawang putih

3 sudu besar cili kering kisar (tambah lagi jika ingin pedas)

garam atau bahan perasa

santan pekat 1 cawan atau 200ml santan kotak

1 keping asam keping

 

Dapatkan Juga: Resepi Ayam Masak Merah

 

Cara-cara untuk memasak Ayam Percik:

1. Basuh ayam sehingga bersih dan toskan. Selepas itu, kisarkan bahan-bahan yang bertanda.

2. Kemudian, masukkan ayam dalam kuali. Tuangkan bahan-bahan yang dikisar tadi ke atas ayam tersebut tanpa mengacau dan membuka api.

3. Letakkan santan tadi ke atas ayam yang bersama bahan kisar. Campurkan 3 sudu cili kering dan baru membuka api sederhana sahaja. Kacau bahan-bahan tadi sehingga sebati.

4. Masukkan asam keping dan garam atau bahan perasa. Masak ayam itu separuh masak dan kuah menjadi pekat. Kemudian tutup api.

5. Angkat ayam tersebut dan letakkan ke atas dulang pembakar. Tuangkan sedikit sahaja kuah ayam percik itu tadi. Baki kuah sila simpan untuk di tuang ke atas ayam sesudah siap di bakar.

6. Bakar ayam tersebut di dalam oven selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut bertukar keperangan-perangan dengan suhu 180 celsius dengan api atas bawah.

7. Tuangkan baki kuah ayam percik tadi ke atas ayam yang telah siap di bakar.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE Resepi Ayam Percik ini.

<< Macam best jer resepi udang butter ni, klik sini untuk melihat resepinya

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Khasiat Betik Muda Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Next post

Susu Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. April 29, 2014 at 6:35 pm — Reply

    nampak sedapnye … terliuh tengok…

    • April 29, 2014 at 6:48 pm — Reply

      memang sedap pun huhu.. selamat mencubanya..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *