ResepiSajiSelera

Resepi Agar-Agar Santan Gula Merah

resepi agar-agar - women online magazine

Semua pasti suka agar-agar santan dengan gula merah.

Rasa lemak yang manis pasti akan membuat anda ketagih. Bahkan agar-agar merupakan makanan yang selalu dinikmati pada bila-bila masa sahaja sebagai hidangan penutup mahupun sekadar menu sampingan yang enak.

Rasanya yang manis dan kenyal memberikan kenikmatan kepada sesiapa sahaja yang menyantapnya. Jadi, bagi anda yang ingin mencuba Resepi Agar-Agar Santan Gula Merah, jangan bimbang kerana anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

 

Berikut Resepi Agar-Agar Santan Gula Merah;

500ml air

2 bungkus agar-agar putih

180gm gula merah (dipotong dadu ataupun dihiris)

Sehelai daun pandan (disimpul)

300 ml santan pekat

Garam secukupnya.

 

Cara Membuatnya;

1. Masukkan gula merah, air, agar-agar serta daun pandan ke dalam periuk.

2. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.

3. Kecilkan apinya, masak sehingga agar-agar tersebut larut.

4. Campurkan garam dan santan. Kemudian pisahkan daun pandan daripada agar-agar.

5. Masak kembali hingga mendidih, dan angkat.

6. Tuang agar-agar ke dalam loyang, sejukkan sehingga ia menggeras.

7.  Jika sudah sejuk, untuk rasa yang lebih enak, simpanlah di dalam peti sejuk.

Nota: Jika sudah sejuk, secara automatik santan akan berada di atas. Manakala gula merah akan berada di bawah.

Foto: Sekadar gambar hiasan.

<< Dapatkan Resepi Agar-Agar Roti Tawar Paling Enak. Klik link ini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Semak 5 Jenis Makanan ‘Bunuh’ Ghairah Seks

Next post

Resepi Biskut Coklat Chip

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *