ResepiSajiSelera

Red Velvet Kukus Dengan Krim Keju

red velvet kukus dengan krim keju - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Pasti anda tertunggu-tunggu resepi red velvet kukus ini. Jom salin resepi red velvet kukus ini sekarang.

Red Velvet Kukus atau dikenali Kek Baldu Merah adalah kek yang popular dengan warna merah gelap, terang atau merah coklat. Biasanya ia disediakan sebagai kek dan ditambah dengan aising vanilla krim atau krim aising keju.

Pada tahun 1972, rujukan dari James Beard Amerika Cookery menerangkan tiga kek baldu merah yang berbeza-beza dalam jumlah shortening dan mentega. Kek dan resepi asalnya ini bagaimanapun adalah yang paling terkenal di Amerika Syarikat dari Hotel Waldorf Astoria yang terkenal di New York city.

Manakala, di Kanada kek ini lebih dikenali sebagai pencuci mulut  yang terkenal di restoran-restoran dan kedai roti rantaian gedung Eaton dalam  tahun 1940-1950 an. Di bawah ini adalah bahan-bahan untuk Red Velvet Kukus.

Resepi kek ini, anda boleh mencubanya dengan bantuan suami anda atau anak-anak anda supaya boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan anda.

Bahan A untuk Red Velvet Kukus:

2 1/2 cawan tepung superfine (all purpose flour)

1 1/2 cawan gula castor

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil garam

1 sudu besar serbuk koko

Bahan B untuk Red Velvet Kukus:

1 1/2 cawan minyak sayur @ mana-mana minyak makan pun boleh

*1 cawan buttermilk

2 biji telur (gred A)

1 sudu makan pewarna merah

1 sudu kecil cuka

1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat Red Velvet Kukus:

1.  Ayak Bahan A bersama, ketepikan sebentar.

2.  Satukan dalam mangkuk lain Bahan B, lepas itu sebatikan guna whisk.

3.  Tuangkan Bahan A  kedalam Bahan B, gunakan mixer dengan medium speed, gaulkan hingga sebati.

4. Selepas itu, tuang dalam 2 loyang 9″ bulat @ 1 loyang sahaja, ikut mana-mana  yang anda rasa mudah.

5. Sapukan Loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan kukus 45minit.

6. Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Krim  keju frosting:

250 gm cream cheese

1/2 cawan whipping cream

1 cawan gulaaising

1 1/2 cawan butter

1 sudu besar jus perahan lemon

Satukan guna mixer medium speed sampai  kembang 1x ganda.

Kredit foto kepada vnysia

<< Jom cuba resepi cheese kek pula di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Hukum Mewarna Rambut

Next post

Nak Tahu Waktu Subur Wanita Untuk Hamil

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. June 20, 2015 at 9:43 pm — Reply

    thanks for the recipes

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *